Jumaat, 14 Disember 2012

Kembara Tasik Kenyir- Part II

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Cerita ini sambungan daripada cerita yang lepas. Part I .Sila sila baca la ye. Oke, Alhamdulillah... dah sedikit istiqamah dah saya ni. Semalam update, hari ini update. Hehe. Sebulan ni je pun nak jadi blogger tegar lepas ni tiga bulan dikurung tanpa laptop tanpa telefon. Hermm :'(

Dalam entri kali ini, saya ingin cerita pasal Air Terjun Lasir. Tempat ini cukup cantik, air pun jernih je, sejuk, memang segar sangat mandi dekat sana. Paling best masa kitaorang sampai tu tak ada orang pun kita kita je. Memang best la. 


Air Terjun Lasir. Cantik kan?/ Tak nyesal pun pergi sana. Lama juga lah kami berendam dekat sana.  Dalam tiga jam macam tu la. Kami turun pukul dua lebih lebih naik dekat pukul lima juga la. Best sangat. Tu pun tak puas lagi. Mula mula tu saya tak nak turun just main dekat tepi tepi je. Biasa la takut air. Hehe tapi bila dah turun memang tak nak naik dah.


Nampak budak budak riang tengah bermain air tu. Hehe


Tengok budak berbaju merah tu. Eksaited sangat jumpa air. Awal awal tadi tak nak turun. Hehe


Rehat la kejap. Penat dah duk berendam dalam air ni. :)


Peace Yoo !!!



Eh, ada budak sesat sorang tu. Hehe. Apa apa pun peace lagi :)



Ni semua disebabkan ke'jealous'an berlaku. Haaa, first tu kaum adam je duk ho..ha..ho..ha.. main lambung lambung air. [maaf rosak bahasa..Hee]. Tiba tiba kami nampak comel je dorang duk main lambung lambung macam tu. Hee, maka terbentuk la gambar yang ke dua ni. Mengalahkan budak budak je tapi yang penting kami happy. :) *winkwink*

Terima Kasih sudi luangkan masa singgah blog saya.

Imam Ghazali berkata: "Antara cara untuk mencari kelemahan & keaiban diri sendiri adalah duduk bersama Orang Alim & juga Majlis Ilmu"

3 ulasan:

Diya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Aina berkata...

Lama tak pergi waterfall.Teringin nak main mcm ni.

Qila Violet berkata...

Tenang je pergi sana...