Rabu, 9 Januari 2013

Wordless Wednesday| Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnye

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger


Sekadar Perkongsian. Semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. 


Ilmu itu adalah perhiasan yang paling menawan, dan tiada tandingannya bagi orang yang benar-benar ikhlas mencarinya.

Sabtu, 5 Januari 2013

Entri Terakhir sebelum saya pergi untuk berkhidmat pada negara tercinta

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger


Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk saya terus menaip di blog usang ini.

Sbanner3

Tidak ada perkara penting pun yang ingin dikongsikan. Haha. Ini sekadar perkongsian hidup saya sebagai seorang insan lepasan SPM 2012, dan sebagai seorang bakal pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 10/13 .

Program Latihan Khidmat Negara atau lebih mesra dikenali sebagai PLKN merupakan sesuatu perkara yang sangat berkait rapat dengan pelajar lepasan SPM lebih lebih lagi insan seperti saya ini yang sedang menunggu keputusan SPM diumumkan.
"BATU JONG AKU DATANG"

Saya sangat bersyukur, mungkin ini rezeki yang terbaik yang Allah SWT berikan untuk saya dan rakan rakan yang lain. Bukan semua orang yang terpilih seperti kami ini, wahai rakan rakan.... bersyukur lah dengan apa yang kita perolehi. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT didunia dan diakhirat.


InshaAllah, esok 05.01.13... Kami pelatih pelatih dari Besut, Terengganu akan melapor diri di kem yang telah ditetapkan. Mungkin rakan rakan di daerah dan negeri lain sudah pun selamat tiba di kem masing masing.

Kawan kawan..... Ingatlah dalam kita bersuka ria, jagalah batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, antara perempuan dan perempuan dan juga antara kita dan cikgu cikgu tu.  Selalu mengingati Allah, ingatlah Allah selalu ada bersama kita. *Ingatan untuk diri sendiri juga. :) .

Selamat Berkhidmat dan Berbakti pada negara. InshaAllah.

p/s : Kawan kawan tolong jaga blog saya dengan baik sepanjang ketiadaan saya ye. Buat lah macam rumah sendiri. Semoga happy always 

Mungkin akan ada satu lagi post Wordless Wednesday hari Rabu ni yang telah saya Schelude siap siap. Hehe. Jangan kata blog satu berhantu pula, tuan tak ada tapi new post ada. Hehe , Oke, Happy Blogging 


"Antara tanda doa dimakbulkan Allah ialah apabila kita mula berusaha."- Ustaz Zahazan

Jumaat, 4 Januari 2013

Renungan Jumaat | Nasihat KUBUR

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger



1). Aku adalah tempat paling gelap maka terangilah aku dengan TAHAJJUD.
2). Aku adalah tempat yang paling sempit maka luaskanlah aku dengan SILATURAHIM.
3). Aku adalah tempat yang sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QURAN.
4). Aku adalah tempatnya binatang binatag yang menjijikan maka racunilah ia dengan AMAL SEDEKAH.
5). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawabanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimat "LAILAHAILLALLAH"



Sekadar perkongsian. Renungan Jumaat yang dituju khas untuk diri sendiri. Selamat beramal, semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Allah SWT. InshaAllah 


SantapanMinda: Usia tidak akan mengampunkan segala dosa yang kita lakukan, mintalah keampuan dengan bertaubat

6 Wasiat Imam Ghazali

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Gambar sekadar hiasan


(1)Bila lihat orang jahil, angaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan, sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahuinya.

(2)Bila brjumpa kanak kanak, angaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dosa.

(3)Bila berjumpa dengan orang tua pula, angaplah mereka juga lebih mulia, kerana mereka lebih lama beribadah dan bertaubat daripada kita.

(4)Bila berjumpa dgn orang alim, angaplah mereka lebih mulia, kerana banyaknya ilmu dan ibadat mereka.

(5)Bila berjumpa orang jahat, jangan angap kita mulia, tetapi, katakan..mungkin orang itu akan brtaubat pada masa tuanya, sedangkn kita belum tentu bgaimana akhirnya kehidupan kita.

(6)Bila bertemu orang kafir katakn belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.




-Imam Ghazali mendidik hati kita agar banyak muhasabah diri, daripada banyak mengata pada orang.


Sekadar Perkongsian. Renung renung dan selamat beramal. Allahuakbar!!!

“Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” (HR. Muslim)

Khamis, 3 Januari 2013

Kenapa Ingin Menjadi Penulis?

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger


Membaca dan menulis merupakan sesuatu yang dituntut dalam Islam. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu kita yang sedia ada. Menulis juga dapat memantapkan lagi kemahiran kita.







1.Kewajipan menyampaikan ilmu.
Wasilah atau wadah penyampaian ilmu yang paling dominan pada zaman celik huruf yang memungkinkan ilmu sampai kepada semua lapisan masyarakat.

2.Kewajipan berdakwah dan mendidik masyarakat.
Memberi pegaruh yang amat besar kepada masyarakat mampu menguasai pemikiran mereka.

3.Kewajipan berjihad menentang musuh Islam dan mempertahankan Islam.
Serangan pemikiran oleh musuh melalui internet wajib ditangkis. Pada zaman globalisasi, musuh menggunakan senjata ekonomi dan senjata maklumat bagi melemahkan umat Islam.

4.Membina tamadun pemikiran bangsa.
Golongan yang terpelajar seharusnya menjadikan penulisan sebagai wasilah penting dalam menyampaikan  dakwah untuk mengelakkan bangsa kian punah dirodak bahan hedonis dan erotis.

5.Meraih pahala jariah.
Tulisan yang dihasilkan akan menjadi bekalan ke Akhirat, selagi mana ilmu yang diwariskan itu dipelajari dan diamalkan oleh umat Islam, selagi itulah ia akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.


Sumber daripada buku 'Ingin Menjadi Penulis?' karya A.Ubaidillah Alias.

Buku ini sangat bermanfaat bagi diriku yang bercita cita ingin menjadi penulis. Buku yang terbaik. 


Sekiranya anda mempunyai keberanian yang mencukupi untuk ditonjolkan, anda pasti akan berjaya.

Rabu, 2 Januari 2013

Wordless Wednesday | Dua kosong satu dua segalanya

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger



Malam terakhir kami di asrama SMKANI. 051212.  Tak terungkap dengan kata kata betapa rindunye pada rakan rakan, asrama dan semua.  2012 tahun yang paling bermakna bagiku.


"Dan kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu bapaknya" (QS 29:8)

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Tahun Baru dari kami di Perantauan

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Entri kedua untuk tahun ini dan hari ini. Semoga tahun 2013 menjadi titik permulaan bagi saya sebagai seorang blogger. InshaAllah, akan lebih bergiat aktif dalam dunia penulisan blog ini.


Walaupun hujan melanda tapi itu bukan satu masalah yang besar bagi kami. Sekeping gambar mewakili seribu kenangan. 


Saya dan Mira.. Terima kasih keraa sudi jadi kawan kita ye. Maaf atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan kita. Love you


Haii.. nama saya Qila Violet *sambil lambai lambai tangan*, kiri dan kanan saya ni kawan kawan saya. Saya sangat sayang dorang.



Okee.. abaikan tudung kami yang serabai tu. Biasa lah hujan lebat sangat sangat. Hehe. Macam ni la kalau dah nama budak gila lensa hujan batu sanggup kami redah demi sekeping gambar. Haha

Terima lah lima keping gambar kami dari perantauan. Selamat Tahun Baru

Tempat; Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu... London *bajet London.. *winkwink*


Pada hari anda mengambil sepenuh tanggungjawab pada diri sendiri,pada hari anda berhenti memberikan sebarang alasan,itulah hari anda menuju ke pucak

Kenangan Terakhir kami 2012

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Oke... Selamat Tahun Baru semua. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnye.InshaAllah...

2012 merupakan tahun yang paling indah dan sibuk bagiku. Pelbagai kenangan manis dan pahit yang telah dilalui.

Ini merupakan salah satu kenangan manis yang telah dilalui. Walaupun hujan, ia tidak menjadi masalah bagi kami. Dah lama sebenarnye rancang semua ni, dan Alhamdulillah pada 31.12.12 lah Allah ketemukan kami kembali.

Tempat; Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu.


Ayam bakar. 



Menu yang simple tapi cukup mengeyangkan dan puas hati. Yang paling best 'colek'. Hehe. Memang banyak lah makan semalam.


Kaum Adam. Baju biru -Orang Kuat- tanpa dia tak dapat lah makan ayam bakar. Hehe


Tempat berteduh dari hujan tapi basah juga. Pondok ni bocor rupa rupanye. Hehe

Terima kasih bagi yang sudi datang memeriahkan jamuan ni. Walaupun tidak semua yang hadir tapi alhamdulillah kami happy. Hope lepas ni kalau ada jamuan lagi semua boleh datang.

Rindu warga 5IBQ.


"Sesungguhnya sedekah seseorang walau hanya sesuap, akan dikembang biakkan olehNya seperti gunung, maka bersedekahlah." (HR Bukhari Muslim)