Khamis, 21 Mac 2013

Berakhirlah sebuah penantian | 210313

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger !




Dah hampir seminggu dah aku berada di rumah tapi hari ni baru berkesempatan untuk aku menaip di blog usang ni. Alhamdulillah dengan izin Allah.

Wahh, tajuk bukan main lagi. Huhu. Alhamdulillah, yang ditunggu tunggu selama hampir tiga bulan ini telah pun datang. *Maaf tatabahasa rosak .:P

Penantian yang penuh dengan debaran dan penyeksaan. *Seksa ke?//. Haha, ayat melampau,sila abaikan. Apakah penantian itu? Bagaimanakah pengakhirannye? Haha, semua terjawab pada hari ini. 210313. Hari paling bermakna dan bersejarah dalam hidupku. Hermm, mesti semua orang dah boleh agak kan apakah penantian itu. Tengok gambar dekat atas tu pun dah boleh jawapannye.

Tak lain dan tak bukan penantian itu iaaalaaahhh KEPUTUSAN SPM 2012 diumumkan. Haha.

Sebelum keputusan diumumkan.

Hermm, sebelum keputusan diumumkan macam macam perasaan aku ada. Berdebar,takut tu biasalah kan. Aku rasa semua calon SPM yang nak terima keputusan rasa macam tu.

Taapii kalau setakat berdebar, takut tu aku tak kesah ni sampai tak nak cakap dengan orang, hilang habis mood makan. Huhu, dan aku tak akan lupa peristiwa itu yang telah terjadi pada aku. Pahit pada mulanya tapi  manis pada akhirnya. Alhamdulillah.

Pagi tadi dalam linkungan pukul 10 pagi aku sampai depan pagar sekolah bersama Sara dengan perasaan yang penuh dengan debaran. Masa nak melangkah masuk tu tak henti henti mulut aku ucap kalimah Allah. Hanya Allah saje yang tahu bagaimana perasaan aku time tu. Then, masuk je dalam kawasan sekolah nampak beberapa orang sahabat yang dirindui berada di pondok. Aku nampak macam macam lagak ada. Ada yang senyum, ada yang buat buat senyum, ada yang senyap je. Huhu

Then, lepas tu si Sara ni ajak aku pergi bilik guru nak bagi frame gambar dekat cikgu cikgu, hadiah daripada kelas kami tahun lepas.

Sara ; Qilah gi bagi hadiah cikgu.
Aku  ; Aku debar ni weh, tak leh nak naik tangga.Ketar lutut dh.Nanti jatuh tangga ke. 
           Lepas result lah kite gi.
Sara  ; Oke.

Haa, lebih kurang macam tu lah perbualan kami. Haha. Lepas tu, tunggu punyer tunggu result tak sampai sampai lagi. Sara ajak lagi pergi.

Sara  ; Mari lah wee, lepas ni takut lagi. Nanti cikgu duk tanye dapat berape result..
Aku  ; Jolo jgak(Betul juga), mari lah kito gi.

Maka, pergi lah kami. Bermula dengan cikgu Rosmini, cikgu Ekonomi Asas kami. dan naik ke bilik guru jumpa,salam peluk cikgu cikgu yang dirindui. Hermm, ada ke cikgu Rosmini cakap aku semakin kurus, Haha.. Aku rasa berat badan aku dah naik.

Lepas dah jumpa semua cikgu cikgu kami pun pergi lah ke dewan untuk majlis ini. Masa duduk dalam dewan tu memang sejuk dah aku satu badan. Huhu. Mula mula cikgu umum yang dapat 10A, lepas tu yang dapat straight's A, 11A. Seramai 16 orang dapat 11A. Peningkatan yang tinggi jugaklah. Tahniah pada rakan rakanku yang memperoleh keputusan straight's A dan tahniah untuk semua yang cemerlang. Mabruk !!!

Hermm, walaupun aku tidak tergolong dalam golongan 10A dan 11A itu tapi aku tetap gembira dan berpuas hati.Perlu ke aku cakap dekat sini berapa aku dapat?/. Hehe, sesiapa yang nak tahu PM lah aku.Ceeh, macam artislah plak. *winkwink* .

Terima kasih yang tidak terhingga pada semua pendidik  yang telah mendidikku dari aku tidak tahu membaca dan menulis sehingga apa yang telah aku capai sekarang. TERIMA KASIH CIKGU. Tidak lupa pada kedua ibu bapaku yang telah membesarku sehingga menjadi seperti sekarang. Ini semua berkat doa daripada mak dan ayah dan TERIMA KASIH SEMUA.

Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Terima Kasih Ya Allah .:)

Sikit ke banyak ke, ni semua rezeki daripada Allah. Bersyukurlah.


Aku pening tak tahu nak pilih Universiti mana. Help me !!! Hehe :)

“Semulia-mulianya orang Islam adalah mereka yang melakukan solat tahajud.” (HR. Bukhari)