Jumaat, 24 Ogos 2012

Entri Bergambar | Salam Aidilfitri 1433

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger !

#Salam 6 Syawal

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk aku menaip entri ini. Rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin".

Ramai orang tanya, macam mane raya tahun ini?/ Hermm, raya aku macam biasa, sekadar bersederhana tapi yang penting bahagia. Aku bukannya berasal dari keluarga yang berada tapi aku sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.

Malam raya tu, macam biasa la, isi biskut dalam balang, tolong mak masak. Cuma yang lainnye sikit pada tahun ini kami menghidangkan makanan untuk tetamu yang datang dekat bawah biasa kami hidang dekat ruang tamu je. Hee

Pagi raya tu pun macam biasa la, bangun then bersiap- siap untuk ke masjid la. Sama la macam korang jugak kan? /

Haa, macam biasa la kan, tak kan la nak menaip saje kan. Mesti la disaji kan dengan gambar- gambar jugak. Hee.




Wajah- wajah tetamu yang paling awal sampai. Juadah yang disediakan Nasi minyak, gulai daging, acar buah, sambal dan ayam. Hee, memang tiap- tiap tahun makanan ni la yang terhidang di rumah aku. Rancang tu bukan main la, nasi beriani la, nasi arab la, nasi tomato la and last- last nasi minyak jugak la yang menjadi hidangan wajib. 



My Loving Family. Walaupun adik beradik tak ramai tapi yang paling penting kami gembira dan bahagia.
Berdiri dari kiri ; Aqilah(Cik Violet), Husna (Kakak ketiga ), Ikram ( Adik), Ayah Su ( Tok Sedare), Hafizah (Kakak kedua), Aimi ( Sulung). 
Duduk ; Ayah and Emak. 


Our Hero. Hee, Adik bongsuku. Lelaki sorang je. Pengubat hati mak and ayah. :) ♥ *winkwink*



Haa, Satu soalan yang femes jugak time raya ialah Tema apa tahun ni?/ . Lebih kurang macam tu la. Hee, so, tema family aku tahun ni ialah pink cuma kakak sulung tu je yang purple. Pelik. :)

Tu je la, malas nak upload banyak- banyak. Tak larat.


Isnin ni TRIAL , Doakan aku berjaya ye. Thanks