Jumaat, 14 Disember 2012

Tahniah | 13.12.12

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Semua orang sibuk update pasal 12.12.12, tapi bagi saya tak ada yang istimewa kot. Semua tarikh sama je kan, kalau kita pandai menghargainya dan pandai menggugnakannya.

Mesti semua tertanya tanya kenapa saya update pasal 13.12.12 kan?/. Hehe, ada yang istimewa ke. Herrmm, kan dah cakap tadi semua tarikh istimewa kalau pandai menghargai. Hehe tapi lain bagi seorang insan ni. Mungkin tarikh ini la yang paling ditunggu tunggunya. Mungkin la. dan paling istimewa baginya.

Oke, mungkin tidak terlambat lagi kot untuk saya mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada kakak saya ni Husna. Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran yang ke 21 ye. Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki dan Berjaya di dunia dan akhirat. InshaAllah.

Oh, sebelum terlupa juga. Saya ingin mengucapkan TAHNIAH juga kepada dia. Biar la lambat pun.
'Better Late Than Never'. To Husna; Ayat ni aku tengok dekat FB Ayah, ade orang komen macam ni. Hehe. Tahniah sempena istiadat konvokesyen baru baru ini.


Ayah, Husna dan Emak. Oke, saya tak ada. Sedih betul tak dapat pergi, Hermm. SPM punya pasal. Tak apa la SPM lagi penting kot dalam hidup saya kan. Baru konvo untuk Diploma nanti konvo untuk Ijazah ada lagi. Konvo untuk diri sendiri pun bakal menyusul juga. Hehe. Berangan je lebih, SPM pun baru je lepas.


Ayah dan Husna lagi. Mak cakap tak sempat nak bergambar pun. Time ni hujan, lebat boleh tahan la. Tengok payung pun pandai posing depan tu. Nampak tak?/ Hehe. 

Oke la, last but not least. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 21. Mungkin sedang sambut birthday dengan kawan kawan kot. Mungkin la. Saya pun tak tahu. Hehe. Nanti balik sambut kat rumah pula ye.
Red Velvet Cake :)

Esok 1.2.34. Tarikh ni lagi cantik kot. Kejap je masa berlalu dah 1 Safar 1434.   

Harta berkurang apabila dibelanjakan sementara ilmu berkembang apabila digunakan - Saidina Ali

2 ulasan:

Husna Alias berkata...

nak balas wish2 besday kat fb pun,baru de ari ni.. nak sambut jauh sekali la... busy sangat2 smua.. xtahu tido masa mana..bangun masa mana..huhu.. tp ada lah y bg card2, dpt jugak hadiah 1.. haha...

Qila Violet berkata...

Busy sangat bunyi tu. Biase nampak ada cake. Hehe. Balik smbut rumah la. Bg card pun ok la tu :)