Khamis, 23 Februari 2012

Rumah Manis Rumah :)



Assalamualaikum & Salam 1 Blogger! 

Rumah Manis Rumah.hehe. Saje nak bagi kelainan sikit, biasenye orang sebut Home Sweet Home kan.hehe.
Setelah dua minggu aku menunggu akhirnya, hari ini sampai juga aku di mahligai yang amat ku rindui ini.huhu. Penantian satu penyeksaan.haha. Seksa ke? Haha. Tak pun.



Hujung minggu ni, aku nak bercuti, lepak sepuas-puasnye kat rumah manis aku ni. Maybe lepas ni tak boleh nak rehat sangat dah kot. 
Biasa la pelajar SPM kan. Kelas, buku sepanjang masa. Hehe.

Oke la, sampai sini dulu untuk petang ni.
Sekian, Terima Kasih :) 



Ahad, 5 Februari 2012

Rindu Nabi Muhammad Terhadap Kita

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger ! 


Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................


Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
~Kami merinduimu~  



Jumaat, 3 Februari 2012

Demam Exam sudah bermula..

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger ! 

Apa khabar semua ? Sihat ke tak ?.hehe. Kita sekarang tak berapa sihat la. ermm, tengok tajuk la. Sejak seminggu yg lalu lagi  demam. sedih tau :"( .

Hehe. demam exam suda tiba. Penyakit ni la penyakit yg paling mendebarkan saya. Huhu. Ni baru permulaan, Peperiksaan TOV. Seriously, exam kali aku rasa malas sangat, tak ready pun. Study pon ikut mood. Kalau mood study datang study laa. Heee. Yang aku paling sedih stakat ni Bahasa Inggeris la, essay tu ntah ape2 la aku jawab. Subject lain ta tahu la. Hope, result nanti oke. InsyaAllah . Aminnn !!!

Pagi tadi ade kelas addmath. Subject favourite tu tp subject ni jugak la yang mencacatkan result aku. Hoho. Hope, exam hari rabu ni berjalan dengan lancar. Tak nak tengok lagi markah yang hodoss tu. *winkwink*




Gambar hiasan. hehe. Semalam(Khamis) jawab Science. Bluurr sangat. Tak tahu la apa nak jadi.hehe. Nasib baik paper 1 je.Ni la nasibnye, main2 sangat. Memang aku tak study pon science. Hari sblm tu just study Mathematics je sikit. Lepas ni nak study rajin2 . Isnin Science lagi, paper 2. Hope, boleh jawab dengan happynye macam exam final last year dulu. Hoho.

So, conclusionnye. Rajin2 la untuk mengadap buku. Study smart . :) . 

Wah macam jawab essay je, siap ade conclusion lagi. *winkwink* .hehe. Doakan kejayaan aku oke. Love u all. :)