Sabtu, 22 Disember 2012

"Segmen: Nak Masuk Dalam Bloglist Ain bulan Januari!!!"

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Yeayyy!!! Segmen lagi. Haha. Memang entri bulan ni full dengan segmen. Jangan marah.. Ini blog saya, suka hati saya la nak tulis apa pun. Hehe


Kali segmen dari Ain pula. Hehe. Sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui syarat syaratnye sila klik banner diatas.

Tarikh Tamat;27.12.12. Tunggu apa lagi.. Jom la join kalau nak blog anda ada dalam bloglist Ain .*winkwink*.


“Brgsiapa yg berselawat kpdku dipagi hari 10 kali dan diptg hari 10 kali, maka dia akan mendapatkan syafaatku di hari kiamat.” (HR. Tabrani)

Pencarian Bloglist Januari 2013 by Nurfara Hani

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Oke.. semua orang tahu memang sekarang ni musim blogger ber'segmen'. Singgah je blog mana mana mesti ada. Saya pun tidak ketinggalan untuk men'join'kan diri dengan bersegmen. Hehe


Pencarian Bloglist Januari 2013 by Nurfara Hani. Syarat syaratnye juga sangat la simple dan senang. Semua orang boleh lakukan. 

Tarikh Tamat;26.12.12. Masih ada 3 hari lagi lebih kurang. Ayuhlah wahai blogger blogger sekalian kita memeriahkan lagi bloglist Nurfara Hani .


"Sesunggunya agama disisi Allah Adalah Islam." (QS Ali Imran: 19)

" Segmen Review Blog Saya by Eira "

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Segmen lagi, Hehe. Biasa la hujung hujung tahun ni ramai la penganjur penganjur segmen ni. Saya join je..Lagi pun memang dah lama sangat daa saya tak terlibat dengan segmen bagai ni. Time ada dekat rumah ni jom la kita join segmen sehabis mungkin. Hehe


"Segmen Review Blog Saya" by Eira. Sape sape nak join klik banner pink kat atas tu. Simple syarat. Untuk maklumat lanjut sila ke blog Cik Eira. Hehe

Tarikh Tamat;24.12.12. Masa ada dua hari lagi. Cepat cepat !!!


"Tiada makanan yang lebih baik daripada hasil usaha tangan sendiri." (HR. Bukhari)

Jumaat, 21 Disember 2012

Kembara Tasik Kenyir- Part IV

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

 Kali ni, entri bukan berkaitan dengan segmen dah. Hehe.Nak sambung pasal Tasik Kenyir tu la pula. Mungkin ni last part dah kot. Korang pun mesti dah bosan kan,, Tasik Kenyir jeee. Ini juga sambungan daripada Part I, Part II, dan Part III. Sesiapa yang belum baca lagi, jemput jemput lah ye. :)

Kalau Part III, cerita pasal Santuari Kelah, Part untuk kali ni pasal Taman Herba pula. Cukup cantik.


Pemandangan dari atas. Sorry, kualiti gambar tak berapa berkualiti.Haha


Sedang menikmati air rebusan herba. Saya amik tongkat ali kalau tak silap la, gelas paling kecil, kongsi 4,5 orang pun tak habis. Hehe. Pahit, Tawar...


BATU JIN.. Korang pernah lihat tak herba ni??/ .Hee, saya ni pun first time tengok dan dengar. Siap ada kegunaan lagi.
Kegunaan: Batu Karang,Sakit Jantung, Kencing Manis, Lawas Kencing.




Tak ade motif


Tengok muka semua orang, nak senyum pun tak larat dah. Letih wee, kuat sangat main air dekat Santuari Kelah. Taman Herba ni destinasi last kita orang laa.


Siapa siapa nak buat photoshoot ke apa ke, sesuai la sini. Tempatnye sangat cantik. Memang  gambar gambar kat atas ni, tak menarik sebab kita orang semua dah letih, malas daa nak bergambar ni. Bateri kamera pun dah nazak. Haha

Time kita orang sampai ni, ada satu pasangan pengatin tengah outdoor weeding. 

Sementara menunggu pasangan tu salin pakaian sempat la kita orang berborak dengan pak cik photoghraper tu, borak punyer borak, tiba tiba pak cik tu minta kita orang berdiri depan dia. Dia nak ambil gambar kita orang wee.Hee. Saya sempat la tanya, kena bayar ke pak cik. Pak cik tu cakap, eh tak pun. Best tau, lompat sana lompat sini. Hehe. Terima Kasih pak cik photoghraper. 

Nak minta gambar gambar daripada pak cik tu segan la pula. Hehe.Dia cakap kalau nak tengok gambar gambar ni add la FB dia tapi saya tengok tak ada la pula.Hehe.. Gambar gambar semua cantik, ni Facebook pak cik tu.

Terima Kasih semua sudi baca entri merepek saya ni. 


"Kebaikan adalah akhlak yang baik. Dosa adalah yang meragukan dalam dirimu dan engkau tidak suka jika manusia melihatnya." (HR. Muslim)

Khamis, 20 Disember 2012

"Segmen Blogger Muslimah"

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Dah alang alang kita join segmen, baik join banyak-banyak terus kan. Hehe, lepas ni tak tahu la bila pula saya nak join segmen segmen ni.


"Segmen Blogger Muslimah" daripada Syafiqah. Wah, tajuk pun sudah menarik perhatian saya.Segmen terbaik.Hermm,tunggu apa lagi wahai para muslimah sekalian, jom kita join ramai-ramai bagi memeriahkan lagi segmen ni.

Tarikh Tamat;25.12.12, jam 11.30 malam. Cepat cepat, masih ada lima hari lagi .

Salam Perkenalan dan Salam Ukhuwah daripada saya.


"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu." (Hadis Riwayat Muslim)

''Segmen Up Follower Bulan Disember''

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Ni entri kedua untuk hari ini, dan juga entri kedua yang berkaitan dengan segmen untuk hari ini dan tahun ini. Haa, terlebih rajin la pula saya ni. Hehe


Oke, kali ni saya nak join ''Segmen Up Follower Bulan Disember'' dari adik Farra Izzaty pula. Ye ke adik?/ Hehe, rasa Farra ni muda lagi daripada saya kan.

Jom la kita ramai-ramai memeriahkan lagi segmen ni. Tarikh tamat; 21.12.12. Esok dah tu. Apa tunggu lagi, cepat la. Hehe

Hai dan Salam Perkenalan daripada saya.


SantapanMinda: Maksud Islam ialah memperbaiki manusia, supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

"Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza"

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Eksaited rasa nak join segmen ni. Lama sangat sangat dah tak terlibat dengan benda ni semua. Rasanya ini segmen pertama saya join untuk tahun ni kot. Haha


Jom la ramai ramai kita join segmen Kak Leeza ni. Hadiah menarik menanti kita semua. Hehe. Tujuan saya join ni pun bukan nak dapatkan hadiah tu. Tujuan utama adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara blogger-blogger seluruh Malaysia ni je. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah.

Siapa la blogger paling santai tu ye??/.Hehe. Saya?.. Santai la sangat update blog pun sebulan satu entri tu pun nasib baik update kalau tak. Herrmm, bulan duabelas ni je aktif sikit, begini la nasib budak SPM. Hehe

Tarikh tamat; 30 Disember 2012, 11:59 malam. Apa tunggu lagi cepat join.

Maaf ye Kak Leeza, saya banyak merepekHehe. Salam Perkenalan dari saya.


Tip Ulat Buku: Baca, cinta dan praktis ilmu baharu :)

Isnin, 17 Disember 2012

Kembara Tasik Kenyir- Part III

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Okelah.. Part I saya sudah cerita dan tunjuk gambar gambar kami sementara menunggu HouseBoat kami datang kan. Part II pula cerita pasal Air Terjun Lasir yang cukup menarik. Part III pula saya nak cerita pasal keseronokan kami bermain dengan Ikan Kelah.

Oke, jom layan gambar gambar kami di bawah..



Haruslah bergambar dulu sementara menunggu boat kecil untuk ke destinasi sebenar kami. HouseBoat di tinggal dahulu. Hehe


Me and Atifah. Seronok tau dapat naik boat ni.Hehe. Biasa laa mana pernah naik sebelum ni. First time.


Mira and her boyfriend. Haha. Kidding, ni anak cikgu. Danish namanye, kalau tak silap la. Hehe :)


Setelah lebih setengah jam kami mendaki akhirnya sampai jugalah di tempat ini. Tengoklaahh...Wajah wajah kecerian kami dapat bermain dengan ikan kelah. First tu memang tak nak turun, geli wee di kelilingi dengan ikan. Tapi bila dah turun, haha. Memang best.. nak..nak.. time bagi makanan dekat ikan tu..


Suka gambar ni. Nampak tak ikan di sekeliling kami tu. Kalau korang nak tahu best ke tak.. Rasakan sendiri. Jom ramai ramai kita ke Santuari Kelah, Tasik Kenyir. 

Ada pak cik yang kerja dekat situ cakap kalau datang bulan tiga , empat tak payah la susah susah nak mendaki, boleh naik speed boat je terus. Tapi bagi kami, mendaki tu la best walaupun letih. Haha

Entri bersambung.....

“Jangan kamu berjalan sambil mengangkat dada (bangga), sentiasalah pandang ke bawah (tanah).” - Habib Ali Zainal

Keajaiban sebuah Al-Quran♥

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger 

Al-Quran bermaksud  kalam Allah yang bermukjizat yang di turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa arab secara mutawattir dan membacanya adalah ibadat.

Sebagaimana yang kita tahu Al-Quran mempunyai 30 juzuk dan mengandungi 114 surah bermula daripada Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas. Setiap surah surah yang terdapat dalam Al-Quran itu mempunyai rahsianya yang tersendiri.



Jom kita lihat rahsia di antara sembilan surah yang terdapat dalam Al-Quran.

 1.Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


Sekadar perkongsian. Yang baik itu datangnye daripada Allah, dan yang kurang itu datangnye daripada kelemahan saya sendiri. Insan yang masih mencari ilmu dan dahagakan ilmu.

Salah dan silap mohon diperbetulkan.

Dipetik daripada fanpage Gen-Q [Generasi Al-Quran].

"Tidak ada suatu duri dan yg lebih daripadanya menimpa seorang mukmin melainkan Allah mengangkat darjat baginya atau menghapuskan kesalahan disebabkan (musibah yg menimpanya)"-Riwayat Muslim- 

Sabtu, 15 Disember 2012

7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya♥


Assalamualaikum & Salam 1 Blogger


Wah! ayat cinta wee. Jom kita pakat tengok, perhati dan amalkannye. Ayat cinta yang dijamin kekal selamanya. Bukannye ayat cinta yang hanya sementara. Carilah cinta yang kekal abadi iaitu cinta daripada Allah.




1.Bismillahhirrahmannirahim:
Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:

Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:

Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.


5.
La hawla wala quwwata illa billah:
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.


6. Innalillah:
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.


7. Lailahaillallah:
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. 


Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah... InshaAllah


Sekadar perkongsian. Semoga berbahagia selalu dan berada dibawah naungan Allah. InshaAllah. 

Dipetik daripada fanpage Gen-Q

Aku hanyalah seorang insan yang lemah dan kerdil. Maaf segala kekhilafan yang berlaku.


“Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah ali-Imran ayat 132)"

Isteri Cerdik Yang Solehah♥

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger



Isteri Cerdik Yang Solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

( ulang 1 )

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan


Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

( korus )

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

( ulang korus )


Sekadar perkongsian di waktu petang. Semoga berbahagia selalu 


Jumaat, 14 Disember 2012

Kembara Tasik Kenyir- Part II

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Cerita ini sambungan daripada cerita yang lepas. Part I .Sila sila baca la ye. Oke, Alhamdulillah... dah sedikit istiqamah dah saya ni. Semalam update, hari ini update. Hehe. Sebulan ni je pun nak jadi blogger tegar lepas ni tiga bulan dikurung tanpa laptop tanpa telefon. Hermm :'(

Dalam entri kali ini, saya ingin cerita pasal Air Terjun Lasir. Tempat ini cukup cantik, air pun jernih je, sejuk, memang segar sangat mandi dekat sana. Paling best masa kitaorang sampai tu tak ada orang pun kita kita je. Memang best la. 


Air Terjun Lasir. Cantik kan?/ Tak nyesal pun pergi sana. Lama juga lah kami berendam dekat sana.  Dalam tiga jam macam tu la. Kami turun pukul dua lebih lebih naik dekat pukul lima juga la. Best sangat. Tu pun tak puas lagi. Mula mula tu saya tak nak turun just main dekat tepi tepi je. Biasa la takut air. Hehe tapi bila dah turun memang tak nak naik dah.


Nampak budak budak riang tengah bermain air tu. Hehe


Tengok budak berbaju merah tu. Eksaited sangat jumpa air. Awal awal tadi tak nak turun. Hehe


Rehat la kejap. Penat dah duk berendam dalam air ni. :)


Peace Yoo !!!



Eh, ada budak sesat sorang tu. Hehe. Apa apa pun peace lagi :)



Ni semua disebabkan ke'jealous'an berlaku. Haaa, first tu kaum adam je duk ho..ha..ho..ha.. main lambung lambung air. [maaf rosak bahasa..Hee]. Tiba tiba kami nampak comel je dorang duk main lambung lambung macam tu. Hee, maka terbentuk la gambar yang ke dua ni. Mengalahkan budak budak je tapi yang penting kami happy. :) *winkwink*

Terima Kasih sudi luangkan masa singgah blog saya.

Imam Ghazali berkata: "Antara cara untuk mencari kelemahan & keaiban diri sendiri adalah duduk bersama Orang Alim & juga Majlis Ilmu"

Tahniah | 13.12.12

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Semua orang sibuk update pasal 12.12.12, tapi bagi saya tak ada yang istimewa kot. Semua tarikh sama je kan, kalau kita pandai menghargainya dan pandai menggugnakannya.

Mesti semua tertanya tanya kenapa saya update pasal 13.12.12 kan?/. Hehe, ada yang istimewa ke. Herrmm, kan dah cakap tadi semua tarikh istimewa kalau pandai menghargai. Hehe tapi lain bagi seorang insan ni. Mungkin tarikh ini la yang paling ditunggu tunggunya. Mungkin la. dan paling istimewa baginya.

Oke, mungkin tidak terlambat lagi kot untuk saya mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada kakak saya ni Husna. Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran yang ke 21 ye. Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki dan Berjaya di dunia dan akhirat. InshaAllah.

Oh, sebelum terlupa juga. Saya ingin mengucapkan TAHNIAH juga kepada dia. Biar la lambat pun.
'Better Late Than Never'. To Husna; Ayat ni aku tengok dekat FB Ayah, ade orang komen macam ni. Hehe. Tahniah sempena istiadat konvokesyen baru baru ini.


Ayah, Husna dan Emak. Oke, saya tak ada. Sedih betul tak dapat pergi, Hermm. SPM punya pasal. Tak apa la SPM lagi penting kot dalam hidup saya kan. Baru konvo untuk Diploma nanti konvo untuk Ijazah ada lagi. Konvo untuk diri sendiri pun bakal menyusul juga. Hehe. Berangan je lebih, SPM pun baru je lepas.


Ayah dan Husna lagi. Mak cakap tak sempat nak bergambar pun. Time ni hujan, lebat boleh tahan la. Tengok payung pun pandai posing depan tu. Nampak tak?/ Hehe. 

Oke la, last but not least. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 21. Mungkin sedang sambut birthday dengan kawan kawan kot. Mungkin la. Saya pun tak tahu. Hehe. Nanti balik sambut kat rumah pula ye.
Red Velvet Cake :)

Esok 1.2.34. Tarikh ni lagi cantik kot. Kejap je masa berlalu dah 1 Safar 1434.   

Harta berkurang apabila dibelanjakan sementara ilmu berkembang apabila digunakan - Saidina Ali

Rabu, 12 Disember 2012

Kembara Tasik Kenyir- Part I

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Macam chipsmore sudah saya ni. Hari ni update, esok tidak, lusa update dan seterusnya la. Tak istiqamah betul. Hehe.

Yeayy! Hari ni dapat juga saya buat entri ni. TASIK KENYIR, rindu. Teringin sangat nak pergi tempat ni lagi. Bila la ye. Oke, entri ini juga merupakan cerita yang telah basi. Kalau tak silap kami pergi sana seminggu sebelum puasa hari tu. Hehe

Lawatan ini dianjurkan oleh Kelab Pelancongan sekolah, kami pergi sana dua hari satu malam je. Pergi pagi Jumaat, Petang Sabtu dah sampai sekolah dah. Tapi, amat memuaskan la.

Ingat lagi masa pergi makan dekat dewan makan. Masa tu jarum pendek baru nak berganjak ke angka tujuh. Ada sorang kakak pekerja dewan makan tanya.  A:'Nak pergi khemah mana?', K:'Eh, bukan nak pergi khemah, ada ekploitasi dekat Tasik Kenyir'. A:'Oo, kenapa tak cakap awal awal kalau tak boleh sediakan makanan dekat sana(dewan makan perempuan). ..bla...bla... . Hehe, sedap je jawab ekploitasi. Huhu.
A- Akak dewan makan tu la, K- Kami

So, saya nak share la sikit gambar gambar dan pengalaman saya masa dekat sana. Best woooo!!!


Haaa, ni je wakil Form 5. Yang lain lain semuanye budak budak. Hee. Muka muka yang tak sedar diri yang SPM dah hampir Hehe. Tp sekarang SPM dah lepas. Horaayy !!!


Destinasi pertama, selepas turun dari bas. Memang gila lensa semua. Hehe. Tak hirau dah menda lain. Life jacket dibiarkan kaum adam yang angkat. Huhu. Kalau tak silap la.  Last2 tu kami tolong angkat juga. 


Kami je yang riuh bergambar. Riuh ke?/. Hehe, tak ade la riuh sangat kot. Tengok budak budak F4 sibuk menjamu selera di bawah pokok di belakang kami nun. Nampak tak?. Haha, memang tak nampak pun. Nanti gambar seterusnya nampak la tu. *winkwink*


Ni la namanya gadis gila lensa. Pantang jumpa kamera dan tempat cantik sikit.Cantik k tempat ni?/ Tangga je pun. Hehe. Budak F3 jadi photographer kami. Maaf ye dik, kakak2 semua buli kamu :)



Rehat kejap bersama milo dan nescafe. Letih dah bergambar. Kena simpan tenaga, lepas ni banyak lagi tempat tempat menarik yang ingin dikunjungi. :) Ceehh//

Suka gambar ni./


Oke, last dah untuk entri kali ni. Sebenarnye, gambar gambar ditangkap sementara menunggu 'HouseBoat' kami datang. Betul ke orang panggil HouseBoat?/. Haha, tak kesah la panggil apa apa pun.

Cukup la tu enam gambar untuk entri kali ni. Bye..bye..

Terima Kasih, sudi luangkan masa untuk baca entri ini. Tunggu Entri seterusnya. Hehe :)


Selasa, 11 Disember 2012

BATU JONG AKU DATANG !

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger 


Sepatutnye dah lama saya nak kongsikan kegembiraan ini bersama rakan rakan semua tapi apakan daya masa tidak mengizinkan. Heermm.

Oke, Alhamdulillah pada pagi yang indah ini dapat juga saya duduk di depan komputer dan menaip entri kegembiraan ini. Mungkin sebelum ini saya hanya kongsi cerita ini di TWITTER, pada rakan rakan dan keluarga saja. Hehe



Herrmm, Gembira ke?? Tak tahu la nak cakap macam mane. Kadang kadang macam tak sabar je nak pergi. Nak jumpa kawan baru. Lagi pun duduk kat rumah ni, apa la yang dapat kan. Nanti yang dapat lemak berlebihan je. Hehe.

Ramai juga kawan kawan tanya. Sebenarnya nak pergi ke tak?/. Oke, saya hanya berserah. Kalau dah rezeki saya, saya pergi je la. Bukannye pergi sana dorang nak buli kita ke apa kan. Makan free, duit lagi dapat. Hehe.  Syukur dengan rezeki yang diperoleh. Ramai lagi rakan rakan yang nak tapi rezeki tidak menyebelahi mereka. Sabar ye kawan kawan, mungkin sudah ada kerja yang lagi baik menanti anda. Ceehh//. Hee :)


Oke, mula mula dapat tahu saya dapat. Memang suka sangat la. Tapi bila tengok je penempatan ni, macam tawar hati pula nak pergi. Then, ada sorang senior dulu yang Tweet. Eh, BATU JONG. Best tempat tu. Lebih kurang macam tu la. Senyum sikit. Hee

Pergi asrama lepas tu, tanya lagi senior yang pernah kena PLKN. Ada sorang tu dapat tempat yang sama. Dia cakap. Eh, oke la tempat tu, peraturan tak ketat. Best sangat. Oke, dengar kata kata macam tu, lebih bersemangat la. Hee. Memang dari kecil dulu pun pernah ada niat nak pergi, tengok iklan dekat TV macam best je. 

Sekarang ni macam tak sabar sabar je pula rasanye nak pergi. 25 hari lagi, lebih kurang. BATU JONG AKU DATANG . 

Semalam, suka sangat bila dapat mesej daripada kawan baik saya, sejak zaman tadika lagi. Dia cakap, 'Lah, saya redha dah dengan PLKN ni.'. Hehe

Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnye 


Sabtu, 8 Disember 2012

Kenangan Jamuan Akhir Tahun 2012 ♥

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger ! 


Mukadimmah bergambar. Hee. Dua hari dah saya dekat rumah dan Alhamdulillah hari ini dapat juga melepaskan rindu dekat blog tersayang ni. Entri pertama selepas SPM. Yeayy ! Saya dah Merdeka. Hee, Merdeka la sangat selagi result tak keluar selagi tu la saya rasa tidak Merdeka. 

Oke, untuk pengetahuan umum ini cerita dua bulan lepas. 11 Oktober 2012. Kalau tak silap la. Layan je la ye. Entri kali ni juga sarat dengan gambar gambar yang diperam untuk dijadikan belacan. *winkwink*. Biarlah gambar yang menceritakan segala galanya.

JAMUAN AKHIR TAHUN 5 IBQ 2012


Chocolate cake. Best sangat. Tapi sedih sempat makan sikit je.;'( . Ipah lain kali buat kat saya pula ye. Khas untuk saya je. Hee :)



Sukanye dia dapat belon. Hee, jealous tau tak dapat pegang belon. Saya rasa time ni saya pergi ambil kek dekat dwan makan kot. Dari kiri Izzati, Mira and Ida



Wow, banyaknye hadiah. Macam macam jenis hadiah yang ada. Ada yang kecil ada yang besar, ada yang ringan ada yang berat. Tapi memang best la time pertukaran hadiah ni. Saya dapat yang paling kecil dan ringan tapi isinya. Wow!!! Terbaaaikk!!!




BM's teacher. Cikgu Mahani. Yang pakai baju warna hijau tu. Rindu cikgu. Cikgu paling baik, paling sporting . Sayang cikgu ;)



Gambar pertama tu ahli ahli puteri bergambar bersama Cikgu Add Math kami. Cikgu Khairul yang pakai baju warna merah. 
Gambar kedua bergambar sementara menunggu acara pertukaran hadiah. Hee ;)

Ni la antara menu paling best 'colek'.:)

Oke, tu je kot untuk entri kali ni. Assalamualaikum

Terima Kasih sudi luangkan masa jenguk blog saya.