Isnin, 30 Julai 2012

Tips Untuk Khusyuk Semasa Berdoa

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger ! 

Sebelum Julai melabuhkan tirai, baiklah aku mengambil kesempatan untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang aku perolehi daripada menjelahi dunia facebook iaitu 'Tips untuk khusuk semasa berdoa'. InsyaAllah.


Sila baca dan hayati setiap apa yang di tulis dalam gambar di atas. InsyaAllah, mudah-mudahan doa kita dimakbulkan oleh Allah S.W.T .

Ustazah aku juga pernah ajar, kita mestilah berdoa dalam keadaan yang selesa tangan diangkat, anak mata melihat pada tangan dan hati niat apa yang diungkapkan dan apa yang dikehendaki. Berdoalah dengan sepenuh hati, seikhlas mungkin. InsyaAllah doa kita akan dimakbul oleh Allah S.W.T .


Jangan lupa bangun sahur esok, rebutlah sebanyak mungkin pahala pada bulan yang mulia ini. 

Betul..betul dan rapat-rapatkan Saff .

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger! 

#Salam 10 Ramadhan. Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah pon masuk sepuluh awal Ramadhan. Syukur pada yang maha esa kerana masih dipanjangkan umur dan masih lagi berkesempatan untuk berpuasa dan beribadat padanya.

Malam ni dah malam ke sebelas kita bertarawikh, tapi aku agak terkilan juga la bila tengok 'makcik-makcik' dekat kampung aku ni boleh dikatakan macam 'selfish' je, bukannye apa tau la ada sejadah masing-masing tapi janganlah sampai saf kita tu terlalu renggang sangat. Kalau aku solat dekat sekolah boleh dikatakan saf tu rapat macam ikan sardin dalam tin tapi bila balik je kampung hari minggu saf dekat masjid tu dah macam ikan sardin dalam laut. Fuhh, perbezaan yang teramat.


Haa, gambar kat atas ni salah satu contoh persis yang berlaku dekat diri aku. Maybe lepas ni aku kena tampal iklan ni dekat masjid kampung aku kot. Mana la tau ahli jemaah boleh sedar melalui gambar, kalau mereka baca dan sedar la. Heee.

Selamat menjalani ibadat puasa. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas. InsyaAllah :)


Doa kan kesihatan aku ea, supaya aku dapat menjalani ibadah puasa dgn sempurna dan dapat pergi sekolah balik.Dah dua hari aku tak pergi sekolah.