Jumaat, 26 April 2013

Segmen 24 Jam : Saya Mahu Header Itu! By Nabila Medan

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger


  i - Warna ; Purple + Torquoise (Main Purple)
     ii - Nama blog/ Title blog ;  Aqilah Violet
    iii - Description blog ; - (no description)
    iv - Font yang korang nak ; http://www.dafont.com/porkys.font
     v - Design ; Design 2


Ahad, 21 April 2013

"Maera Ismail Giveaway 2013"

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Bismilahirrahmanirahim... dengan kalimah suci Allah aku mulakan entri ini.


Giveaway ini bermula dari 5 April 2013 dan berakhir pada 9 Mei 2013 . Masih ada dua minggu lagi lebih kurang. Cepat tekan banner diatas untuk join. :)

MINI GA 2

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger


Nak Bedak Arab? Haa, jom join. Tarikh Tutup 27 April 2013 . Klik banner utk join :)


Segmen Blogwalking Aisyah Humaira

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Segmen kedua untuk hari ini :)


Tarikh Tutup 24 April 2013. Jom ramai ramai join. Syarat syarat yang sgt simple dam mempunyai faedahnye yg tersendiri. Sila klik banner untuk join. 

Segmen template paling cantik kemas dan ringan 2013

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Join segmen lagi. :)


Eh,  Cantik, kemas dan ringan ke blog aku ni?/ . Huhu . Berminat? Sila klik banner diatas. :)

Khamis, 18 April 2013

Dating With My Sweet Heart ♥

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Dah lama tak jumpa budak budak comel ni semua, duduk je satu daerah dan satu dun tapii susah nak jumpa. Huhu, Alhamdulillah semalam Allah menyatukan kami kembali. Seronok sangat walaupun kami berlima je iaitu aku, Mira, Hani, Ipah dan Zati. In Sha Allah, kalau diberi peluang aku nak sangat jumpa dengan kawan kawan sekelas sebelum kami semua melanjutkan pelajaran. :)

Malam tu si Zati ni mesej aku tanya nak pergi dengan apa.. Then, aku cakap nak pergi dengan teksi je, senang tak perlu menyusahkan sesape. Oke, dia pun setuju  nak pergi dengan teksi sekali dgn aku jgak. Ada laa teman aku, kalau tak naik teksi sensorang je la. Huhu. Pagi tu si Ipah ni plop yang call katenye nak naik teksi jgak. Nampaknye kami bukan berdua je  tapi bertigaa. Lagi happy. Aku dengan Zati naik dekat Kg.Raja ni je, Ipah tunggu dekat area rumah dia. Kami suruh pak cik teksi tu pergi ambil dia dekat situ lah.

Sepanjang perjalanan tu tak senyap duk bercerita.. Macam macam cerita yg ada, tapi lebih cerita tentang lesen la. Maklumlah semua dah ada lesen kan. Cuma aku ni je belum mempunyai lesen kereta, motor dah lepas dah. Alhamdulillah. Hehe



Kami berlima dari kiri Mira, aku, Ipah, Hani and Zati :) . Kami buddy tak kan terpisah. Ukhuwah fillah. 


Pagi tu sampai dalam pukul 10 macam tu lah. Berhenti depan KFC. Mula mula tu nak breakfast dekat KFC je, sbb semua dah lapar. Tapi masuk je tgk menu macam tak berapa sesuai dgn selera kami.(maklumlah orang melayu tak blh lari dgn nasi jgak)Then keluar, pergi makan nasi kukus and air tea 'o' ais pakej dua ni RM 5. Blh tahan la, banyak sampai aku tak habis pun makan.

Selepas bereh semua, perut pun dah kenyang maka mula lah sesi kami. Mula mula tu singgah kedai buku kejap, masuk tengok novel kot kot ada yg berkenan di hati tapii malangnye kami keluar dgn tangan kosong je. Huhu (tapi oke jgak save bajet dh disini.....)

Lepas melangkah keluar dari kedai buku tu kami berpecah buat seketika aku and Mira pergi bank dan tiga lagi terus ke pasar. Beberapa detik kemudian barulah kami menyusur dan bersatulah kembali di kedai tudung. Tudung sini boleh tahan la, tak ada mahal sangat. Kalau beli lima keatas dpt diskaun lagi, aku beli sehelai je tumpang yg Hani and Mira. 



Setelah penat berjalan, kami singgah sebentar isi minyak di Cool Blog, ini memang tempat wajib. Huhu.  Gambar kedua tu feeling macam Heliza kejap. Hoho

Dalam pukul 12.30 macam tu lah hujan mula membasahi bumi tapi tidak lebat sangat . Perjalanan kami masih diteruskan, singgah sebentar di ekoko, ipah nak beli coklat, biaselah orang bisnes kan. Lepas tu kami terus menuju ke KFC, menunaikan hajat yg tak jd pagi td. tapi aku tak order pun,minggu lepas dah makan tak blh  la makan selalu pergi pun  just teman Mira dgn Zati je.




Atas meja tu macam macam ada, dengan bekas air Cool Blog, kertas minyak Clean and Clear, kaca mata... Ini KFC kami punyer. *winkwink*

Oke la, setakat ni je la dulu untuk malam ni.  Menaip sambil menonton #BungaMerahPunya.
#Izzue Islam .:)


Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

Rabu, 17 April 2013

SEGMEN SEMINGGU BLOG HAZWANHAIRY

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger !


Berminat?//, tekan banner atas tu. Tarikh Tutup; 25 April 2013.

Ahad, 14 April 2013

Perjalanan Seorang Wirawati | Majlis Perasmian Penutupan dan Kisah Tanduo

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Waa, dah beberapa hari aku tak update blog. Ini semua disebabkan 'keek'. *keek yg dipersalahkan. :P Haha, best tau layan mende ni walaupun aku belum lagi berpeluang untuk upload video aku sendiri,tapi aku happy . Sebenarnye aku malu nak upload ni. Huhu, Sepagi tu memang konfemlah aku layan keek, sebab time tu lah best, line punyer lah laju.

Oke, stooopppp pasal 'keek' .

Cerita sebulan yang lalu. Hoho, kalau tak silap aku peristiwa ni berlaku pd 150313, sebab 160313 tu kami semua dh selamat sampai di rumah masing masing. :P



Majlis Perasmian Penutupan Kumpulan 1 Siri10/13 Kem PLKN Batu Jong, Kuala Krai Kelantan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' KP . Untung tau dpt bergambar, bernyanyi, makan bersama beliau. Huhu. 




Muka dicoreng sebelum kami memulakan perjuangan kami.Rindu sgt2 saat ini, bergambar dlm bilik persembunyian sebelum kami berangkat ke medan perang.Haha.

Nak lihat aksi kami sila klik link ini . Perasaan masa tu berdebar pun ada, boleh rasa macam mane perasaan wira wira kita sanggup berjuang, bergadai nyawa demi mempertahankan bumi bertuah MALAYSIA. I LOVE MALAYSIA . :)


 Perjuangan kami tidak akan  tamat di sini sahaja, aku berjanji aku meneruskan perjuangan ini demi mempertahankan negara tercinta.Aku akan guna segala ilmu yg telah diperolehi sepanjang 73 hari di PLKN. Terima Kasih Cikgu-cikgu !!!

Daaannn kini tiba masanye untuk makan. Huhu .


Bihun (salah satu breakfast kegemaran aku di kem), satay lima cucuk, kuih akok bersama air bandung. Terima kasih yg tdk terhingga kepada pihak Bahtera Kirana kerana sudi menyediakan makanan untuk kami semua.




Aksi aksi kami sebelum makan. Happy sangat dpt kawan kawan yg sangat sporting and gila gila. Sebenarnye, dah lapar sangat ni ditambah plak dengan letih yg amat sgt. Tgk aku pun blh tahu dh, dah tak mampu nk tersenyum lebar sgt dah. Hehe *winkwink*

Oke, sampai sini sahaja dulu kot utk kali ni. :) 


Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.

Sabtu, 13 April 2013

Saya mau review blog korang.

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger



Tekan banner untuk join . Tarikh tutup 15 April 2013. Masih ada masa lagi, cepat..cepat. Hehe :)

Rabu, 3 April 2013

Perjalanan Seorang Wirawati | Program Khidmat Masyarakat

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Selamat Petang. Bestnye kalau dapat menaip tepi pantai kan? Huhu, dah lama tak pergi pantai, rindunye nak lihat ombak. SubhanaAllah :)

Hermm, dah lama sebenarnye nak kongsi cerita ni tapiii disebabkan malas melanda terpaksalah aku peram dulu gambar gambar ni dalam folder, nasib baiklah tak jadi pekasam lagi. huhu :P


Program ini telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Telekong salah sebuah sekolah di Kelantan pada tarikh 09 Mac 2013. Waah, nampak disini peristiwa ini sudah sebulan berlalu. Huhu :)

Seronok sangat lihat kanak kanak, makcik makcik, pakcik pak cik semua main. Banyak permainan yang telah dipermainkan antaranya bowling padang, bawa bola dlm sudu*seronok sangat lihat telatah makcik makcik main ni, ada yang tak ada gigi tu mintak bawa dgn tangan, susah nak gigit katanye, main belon air*aku pun main jgak, lima orang satu kumpulan yang mana kumpulan aku terdiri drp dua orang makcik dan tiga orang pelatih PLKN.Kami dapat tempat ketiga. Hehe and banyak lagi lah permainan. 

Kalau tak silap, gambar dekat atas ni main rebut gula gula disertai oleh golongan kanak kanak. 




Ni aktiviti gotong royong, tapi aku gotong royong kutip kenangan je. Hehe, ada lah jgak kutip sampah sikit sikit. Lagi pun kawasan ni bukannye banyak sampah. :)


Dua beradik yang cantik dan cute. Nama dorang Sharifah tapi Sharifah apa tu aku tak ingat dah. Hehe, belah kanan tu kakak, kira tu adik. Si adik tu banyak cakap sikit berbanding si kakaknye. 


Nama pun pergi Sekolah Kebangsaan kan, haruslah ramai budak budak. Aku pun apa lagi tangkap je lah mana mana budak yang lalu lalu  untuk dijadikan peneman bergambar. Hehe. Tapi yang baju putih tu dah Form 1. 


Dari kiri; Foo, Aku, Kak Wani dan Rachel. Kami 1 Malaysia. Rindu nak belajar bahasa Mandarin dah. Foo yang banyak ajar aku tentang bahasa mandarin dan aku pun ajar jgak dia sikit sikit bahasa arab. Hehe  Thanks Foo. Hehe :) 



Ini plak Lai. AJK Disiplin Kem PLKN Batu Jong Kump 1 Siri10/13. Walaupun kami berlainan bangsa dan agama tapi kami tetap kawan. 


PLKN memang best ! Aku rasa rugi sangat siapa yang dapat tapi tak pergi, lainlah yang memang betul betul ada masalah. To adik adik siri seterusnye, kalau dapat PLKN pergilah especially siapa yang dapat Kem PLKN Batu Jong,Kuala Krai Kelantan. Kem TERBAIK !!!

#Maaf ayat dan tatabahasa aku rosak. 
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.

Selasa, 2 April 2013

SAHABAT kau segalanya ♥

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger  


Wah, mukadimmah bergambar. Hehe. Alhamdulillah, rezeki datang tanpa dipinta. Ole ole dari Cameron Highland, Terima kasih sahabatku Atifah.
#Cuba teka mana satu tangan aku ?// Grr


Wah, tiba tiba plak keluar gambar ni apasal?// Huhu, actually tadi aku and the geng pergi sekolah.Ye lah, budak lepasan SPM lah katakan mestilah banyak perkara yang perlu dibereskan. Td pergi hantar borang Yayasan Terengganu*In Sha Allah, kalau ada rezeki dptlah duit and borang untuk sijil LCCI tu. Alhamdulillah, dah selesai untuk itu.Sambil sambil tu aku bincanglah jgak dengan kaunselor pasal hala tuju aku lepas ni. Dannn selepas dgr nasihat, pandangan daripada cikgu tadi akhirnye aku sudah dapat jalan penyelesaiannye. In Sha Allah, keputusan yg aku pilih ini keputusan dan pilihan yg terbaik yang telah Allah berikan untuk aku.




Selepas selesai semua urusan penting kami, haruslah berposing dulu. Hermm, sempat lagi main sorok sorok disebalik pokok pokok dan dedaun yg menghijau tu ye.Hehe, inilah kami kalau dah nampak lensa kamera tu memang  tak nampak benda lain dah.  Betullah orang cakap, sekeping gambar memberi seribu kenangan. Kawan, kau lah segalanye. Aku akan merindui saat saat kita bersama. Kenangan manis, pahit yang telah kita lalui bersama tidak akan aku lupai. 
Friends Forever :)



Ini kawan aku , Warda namanye (Tudung Hitam). Dia memang seorang yang pandai, kalau dalam kelas biase je. Time cikgu tengah mengajar pun dia boleh tidur *samalah dgn aku suka tidur dlm kelas tp bila exam dapat result memang terbaiklah.Maybe tu lah rahsia kejayaan dia. Hehe. Warda, im joking 



Ini plak Mira.(Kiri), dalam kelas dulu kami duduk berjiran. Kami ni suka makan tau dalam kelas, sorok makanan dlm laci meja, bila cikgu pandang ke lain cepat cepat kami makan. Waa, rindunye saat itu. Banyak lagi kenangan kami bersamaaa. Rasa macam nak naik form 5 balik je tp tak nak ambil SPM boleh?//. Hehe, macam lah sekolah ayah aku punyer. *winkwink*


AKU SAYAAAANGGG KAWAN-KAWAN AKU.  Semoga perhubungan yang kita bina ini berkekalan hingga ke akhirnye.


Kenapa aku malas sangat nak update blog erk? Nak kata busy duapuluhempatjam aku bazirkan masa dengan perkara yang tak berfaedah. 

Tak ada topik dan cerita yang ingin dikongsikan?// Hermmm, sebenarnye banyak sangat cerita yang nak dikongsikan.

#Doakan yang terbaik buat aku dan sahabat sahbat semua erk .


Tiada amal perbuatan anak Adam yang lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah. (HR. Ahmad)