Rabu, 12 Disember 2012

Kembara Tasik Kenyir- Part I

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Macam chipsmore sudah saya ni. Hari ni update, esok tidak, lusa update dan seterusnya la. Tak istiqamah betul. Hehe.

Yeayy! Hari ni dapat juga saya buat entri ni. TASIK KENYIR, rindu. Teringin sangat nak pergi tempat ni lagi. Bila la ye. Oke, entri ini juga merupakan cerita yang telah basi. Kalau tak silap kami pergi sana seminggu sebelum puasa hari tu. Hehe

Lawatan ini dianjurkan oleh Kelab Pelancongan sekolah, kami pergi sana dua hari satu malam je. Pergi pagi Jumaat, Petang Sabtu dah sampai sekolah dah. Tapi, amat memuaskan la.

Ingat lagi masa pergi makan dekat dewan makan. Masa tu jarum pendek baru nak berganjak ke angka tujuh. Ada sorang kakak pekerja dewan makan tanya.  A:'Nak pergi khemah mana?', K:'Eh, bukan nak pergi khemah, ada ekploitasi dekat Tasik Kenyir'. A:'Oo, kenapa tak cakap awal awal kalau tak boleh sediakan makanan dekat sana(dewan makan perempuan). ..bla...bla... . Hehe, sedap je jawab ekploitasi. Huhu.
A- Akak dewan makan tu la, K- Kami

So, saya nak share la sikit gambar gambar dan pengalaman saya masa dekat sana. Best woooo!!!


Haaa, ni je wakil Form 5. Yang lain lain semuanye budak budak. Hee. Muka muka yang tak sedar diri yang SPM dah hampir Hehe. Tp sekarang SPM dah lepas. Horaayy !!!


Destinasi pertama, selepas turun dari bas. Memang gila lensa semua. Hehe. Tak hirau dah menda lain. Life jacket dibiarkan kaum adam yang angkat. Huhu. Kalau tak silap la.  Last2 tu kami tolong angkat juga. 


Kami je yang riuh bergambar. Riuh ke?/. Hehe, tak ade la riuh sangat kot. Tengok budak budak F4 sibuk menjamu selera di bawah pokok di belakang kami nun. Nampak tak?. Haha, memang tak nampak pun. Nanti gambar seterusnya nampak la tu. *winkwink*


Ni la namanya gadis gila lensa. Pantang jumpa kamera dan tempat cantik sikit.Cantik k tempat ni?/ Tangga je pun. Hehe. Budak F3 jadi photographer kami. Maaf ye dik, kakak2 semua buli kamu :)



Rehat kejap bersama milo dan nescafe. Letih dah bergambar. Kena simpan tenaga, lepas ni banyak lagi tempat tempat menarik yang ingin dikunjungi. :) Ceehh//

Suka gambar ni./


Oke, last dah untuk entri kali ni. Sebenarnye, gambar gambar ditangkap sementara menunggu 'HouseBoat' kami datang. Betul ke orang panggil HouseBoat?/. Haha, tak kesah la panggil apa apa pun.

Cukup la tu enam gambar untuk entri kali ni. Bye..bye..

Terima Kasih, sudi luangkan masa untuk baca entri ini. Tunggu Entri seterusnya. Hehe :)


2 ulasan:

Aina berkata...

Wow! Comelnye tempat ni. Best je nampak.

Qila Violet berkata...

Best sangat2.. :)