Khamis, 3 Januari 2013

Kenapa Ingin Menjadi Penulis?

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger


Membaca dan menulis merupakan sesuatu yang dituntut dalam Islam. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu kita yang sedia ada. Menulis juga dapat memantapkan lagi kemahiran kita.







1.Kewajipan menyampaikan ilmu.
Wasilah atau wadah penyampaian ilmu yang paling dominan pada zaman celik huruf yang memungkinkan ilmu sampai kepada semua lapisan masyarakat.

2.Kewajipan berdakwah dan mendidik masyarakat.
Memberi pegaruh yang amat besar kepada masyarakat mampu menguasai pemikiran mereka.

3.Kewajipan berjihad menentang musuh Islam dan mempertahankan Islam.
Serangan pemikiran oleh musuh melalui internet wajib ditangkis. Pada zaman globalisasi, musuh menggunakan senjata ekonomi dan senjata maklumat bagi melemahkan umat Islam.

4.Membina tamadun pemikiran bangsa.
Golongan yang terpelajar seharusnya menjadikan penulisan sebagai wasilah penting dalam menyampaikan  dakwah untuk mengelakkan bangsa kian punah dirodak bahan hedonis dan erotis.

5.Meraih pahala jariah.
Tulisan yang dihasilkan akan menjadi bekalan ke Akhirat, selagi mana ilmu yang diwariskan itu dipelajari dan diamalkan oleh umat Islam, selagi itulah ia akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.


Sumber daripada buku 'Ingin Menjadi Penulis?' karya A.Ubaidillah Alias.

Buku ini sangat bermanfaat bagi diriku yang bercita cita ingin menjadi penulis. Buku yang terbaik. 


Sekiranya anda mempunyai keberanian yang mencukupi untuk ditonjolkan, anda pasti akan berjaya.

Tiada ulasan: