Sabtu, 5 Januari 2013

Entri Terakhir sebelum saya pergi untuk berkhidmat pada negara tercinta

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger


Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk saya terus menaip di blog usang ini.

Sbanner3

Tidak ada perkara penting pun yang ingin dikongsikan. Haha. Ini sekadar perkongsian hidup saya sebagai seorang insan lepasan SPM 2012, dan sebagai seorang bakal pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 10/13 .

Program Latihan Khidmat Negara atau lebih mesra dikenali sebagai PLKN merupakan sesuatu perkara yang sangat berkait rapat dengan pelajar lepasan SPM lebih lebih lagi insan seperti saya ini yang sedang menunggu keputusan SPM diumumkan.
"BATU JONG AKU DATANG"

Saya sangat bersyukur, mungkin ini rezeki yang terbaik yang Allah SWT berikan untuk saya dan rakan rakan yang lain. Bukan semua orang yang terpilih seperti kami ini, wahai rakan rakan.... bersyukur lah dengan apa yang kita perolehi. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT didunia dan diakhirat.


InshaAllah, esok 05.01.13... Kami pelatih pelatih dari Besut, Terengganu akan melapor diri di kem yang telah ditetapkan. Mungkin rakan rakan di daerah dan negeri lain sudah pun selamat tiba di kem masing masing.

Kawan kawan..... Ingatlah dalam kita bersuka ria, jagalah batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, antara perempuan dan perempuan dan juga antara kita dan cikgu cikgu tu.  Selalu mengingati Allah, ingatlah Allah selalu ada bersama kita. *Ingatan untuk diri sendiri juga. :) .

Selamat Berkhidmat dan Berbakti pada negara. InshaAllah.

p/s : Kawan kawan tolong jaga blog saya dengan baik sepanjang ketiadaan saya ye. Buat lah macam rumah sendiri. Semoga happy always 

Mungkin akan ada satu lagi post Wordless Wednesday hari Rabu ni yang telah saya Schelude siap siap. Hehe. Jangan kata blog satu berhantu pula, tuan tak ada tapi new post ada. Hehe , Oke, Happy Blogging 


"Antara tanda doa dimakbulkan Allah ialah apabila kita mula berusaha."- Ustaz Zahazan

1 ulasan:

luqman zakaria berkata...

wah...gudluck.lame ler blog nih bersawang.