Selasa, 29 Disember 2015

Resepi Super Fudgy Brownies

Assalamualaikum 

Hari ini nak kongsi resepi Super Fudgy Brownies yang super sedap dan penuh rasa coklat lah. Resepi ni diambil dari youtube iCook Asia.

Masa first time buat macam tak berapa nak jadi, nampak senang tapi salah sikit dh tak jadi. Masa yang first buat tu saya guna resepi lain la, tapi bab masak masak ni memang tak putus asa, gigih search youtube pula cari resepi, dannnn Alhamdulillah jadi. Hahaa.


Bahan bahanya
125 gram mentega (resepi asal mentega tanpa garam, tapi saya bantai je mentega ada garam pun)
130 gram tepung pelbagai guna.
1/2 sudu kecil serbuk penaik.
30 gram serbuk koko.
1/2 sudu kecil garam (sebab dh letak mentega ada garam, jd saya kurangkan lah sikit letak garam ni. Letak dalam suku macam tu je)
3/4 cawan cip coklat .
220 gram coklat masakan (kalau jenis yang malas sukat tu, masukkan je satu keping coklat tu sebab biasa antara 200-220 gram dh coklat tu)
1 1/4 cawan gula castor.
3 biji telur.

Untuk Hiasan
Cip Coklat.
Badam Cincang.

Cara cara dia korang boleh refer video ni untuk lebih faham. Hehee. Saya ni tak berapa pandai nak terang terang ni. Hahaa


Selamat Mencuba 


2 ulasan:

Aina Zairulnizam berkata...

Kebetulan pulak Aina tgh makan brownies ni. Rupa dia mcm kek coklat bantat kan ? :)))

Qila Violet berkata...

Hahaa. Haah, dia macam kek coklat bantat mcm tu sikit, ats die kedut2.