Sabtu, 12 Disember 2015

Resepi Pizza Roti

Assalamualaikum 

Hari ini nak kongsi la sikit resepi pizza roti yang paling senang dan sedap. Budak kecil pun boleh buat ni. Hahaa

Kepada orang yang malas macam aku ni boleh la try.


Antara bahan bahannya. Yang dalam gambar ni. Ayam (yang dimasak terlebih dahulu bersama sos), lada benggala, bawang besar, daun sup, sayur campur, cheese dan campuran sos tomato dan sos cili. Sangat simple, atau nak letak apa apa lagi pun oke je. Ikut selera masing masing. Dannn yang paling penting roti tak kisah la roti gardenia, high 5 atau apa apa saja jenis roti. Hehee

Dah cukup semua bahan bahan. Korang boleh sapukan campuran sos tadi dan letak segala jenis bahan bahan yang disediakan tadi. Lepastu boleh la bakar dengan suhu 180ºc selama 10 minit. 


Tadaaa. Sedia untuk dimakan. Tersangat lah senang dan simple. Selamat mencuba.

Tiada ulasan: