Ahad, 22 Januari 2012

Jom Bersenam !

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger! 

Apa Khabar semua?.hehe. Haaa, petang ni saya nak kongsi satu perkara yg mudah dan senang.Korang just perlu naik, tangga je.hehe. Naik tangga merupakan satu senaman yang baik untuk jantung. :)

Fuhh, apa lagi. Jom kita baca dan lakukan sekarang . :)

Langkah penting dalam senaman naik tangga. (baca langkah ni dulu sebelum korang buat)

  • Pastikan korang tidak mempunyai sebarang kesakitan di bahagian lutut ataupun kaki (kalau macam saya ni tak digalakkan la sebab ada masalah dibahagian kaki.hehe.)
  • Pastikan kasut yang dipakai mempunyai tapak yang rata.
  • Pastikan juga permukaan lantai tangga tiada kesan lopak atau lubang.
  • Mulakan dengan sedikit senaman regangan di bahagian pergelangan kaki.
  • Selesai menaiki tangga, pastikan korang mengambil sedikit masa untuk menarik nafas dan menurunkan kembali denyutan jantungan ke paras normal.

Faedah mengamalkan aktiviti naik tangga.
  • Membantu menguatkan otot-otot badan khususnya bahagian bawah paha, lutut dan kaki.
  • Meningkatkan kecekapan paru-paru berfungsi.
  • Membantu mengurangkan pelbagai risiko penyakit jika diamalkan secara konsisten. Antaranya, mengurangkan risiko penyakit jangtung, darah tinggi, diabetes dan sebagainya.
  • Dapat membantu menurunkan berat badan jika diamalkan secra konsisten.
  • Melancarkan aliran darah dan menjadikan kita segar.
  • Membantu melancarkan pernafasan.
  • Meningkatkan koordinasi badan.
  • Merangsang deria berfungsi dengan lebih cekap lagi seperti mata dan hidung.

Info Tambahan.  TAHUKAH ANDA ?
  1. Menaiki 22 anak tangga = membakar 1.54 kalori
  2. Menaiki 44 anak tangga = membakar 3.08 kalori
  3. Untuk membakar kalori yang terdapat dalam satu sudu teh gula =  menaiki 14 tingkat bangunan (lepas ni semua lif-lif akan ditutup.hoho.)
  4. Menaiki tangga selama 24 minit tanpa henti kita akan membakar lebih kurang 250 kalori iaitu bersamaan sekeping roti canai biasa. (boikot roti canai).  *winkwink*

Ok la. Selamat Petang !




3 ulasan:

Unknown berkata...

nak join segmen ni tak? 7 hari ja, awk untung saya pun untung. tak payah buat entry. mudah dan senang. utk tingkatkan duit churp2, awk dapat sama banyak dgn saya dapat :) mahu??

http://twilleries.blogspot.com/2012/01/segmen-anda-untung-saya-untung.html

deardearyhaty.blogspot.com berkata...

jom senammm!!hee:)

Qila Violet berkata...

@deardearyhaty.blogspot.comJom2.. hehe. :)