Apa Khabar semua?.hehe. Haaa, petang ni saya nak kongsi satu perkara yg mudah dan senang.Korang just perlu naik, tangga je.hehe. Naik tangga merupakan satu senaman yang baik untuk jantung. :)
Fuhh, apa lagi. Jom kita baca dan lakukan sekarang . :)
Langkah penting dalam senaman naik tangga. (baca langkah ni dulu sebelum korang buat)
- Pastikan korang tidak mempunyai sebarang kesakitan di bahagian lutut ataupun kaki (kalau macam saya ni tak digalakkan la sebab ada masalah dibahagian kaki.hehe.)
- Pastikan kasut yang dipakai mempunyai tapak yang rata.
- Pastikan juga permukaan lantai tangga tiada kesan lopak atau lubang.
- Mulakan dengan sedikit senaman regangan di bahagian pergelangan kaki.
- Selesai menaiki tangga, pastikan korang mengambil sedikit masa untuk menarik nafas dan menurunkan kembali denyutan jantungan ke paras normal.
Faedah mengamalkan aktiviti naik tangga.
- Membantu menguatkan otot-otot badan khususnya bahagian bawah paha, lutut dan kaki.
- Meningkatkan kecekapan paru-paru berfungsi.
- Membantu mengurangkan pelbagai risiko penyakit jika diamalkan secara konsisten. Antaranya, mengurangkan risiko penyakit jangtung, darah tinggi, diabetes dan sebagainya.
- Dapat membantu menurunkan berat badan jika diamalkan secra konsisten.
- Melancarkan aliran darah dan menjadikan kita segar.
- Membantu melancarkan pernafasan.
- Meningkatkan koordinasi badan.
- Merangsang deria berfungsi dengan lebih cekap lagi seperti mata dan hidung.
Info Tambahan. TAHUKAH ANDA ?
- Menaiki 22 anak tangga = membakar 1.54 kalori
- Menaiki 44 anak tangga = membakar 3.08 kalori
- Untuk membakar kalori yang terdapat dalam satu sudu teh gula = menaiki 14 tingkat bangunan (lepas ni semua lif-lif akan ditutup.hoho.)
- Menaiki tangga selama 24 minit tanpa henti kita akan membakar lebih kurang 250 kalori iaitu bersamaan sekeping roti canai biasa. (boikot roti canai). *winkwink*
Ok la. Selamat Petang !♥
3 ulasan:
nak join segmen ni tak? 7 hari ja, awk untung saya pun untung. tak payah buat entry. mudah dan senang. utk tingkatkan duit churp2, awk dapat sama banyak dgn saya dapat :) mahu??
http://twilleries.blogspot.com/2012/01/segmen-anda-untung-saya-untung.html
jom senammm!!hee:)
@deardearyhaty.blogspot.comJom2.. hehe. :)
Catat Ulasan