Sabtu, 11 Mei 2013

Puding Laici Berkuah Cik Penganggur

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Haiii.. Hari ini anda semua dalam segmen jom memasak bersama Chef Aqilah Violet. Hahaa (chef lah sangat). Biasalah jadi penganggur sepenuh masa ni, semua benda nak buat. Salah satunye kerja yang paling wajib ialahhh kerja 'menternak lemak'. Eh, daann jangan ingat aku pandai menternak lemak je.. memasak pun pandai tau. Hoho (masuk bakul angkat sendiri :P)

Pada suatu pagi Khamis yang lalu, pergilah insan ini kedapur untuk mencari makanan. Huhu, maka ternampaklah beliau akan laici,susu cair dan agar agar. Lantas, tanpa membuang masa dia mencapai periuk dan mencampakkan segala bahan bahan tadi kedalamnya maka beberapa detik kemudian terhidanglah sejenis pencuci mulut yang diberi nama 'Puding Laici berkuah Cik Penganggur'.


Tadaaa.. ni lah hasilnye


Ingin cuba ?/ Resepi yang sangat simple, budak kecil pun boleh buat. Lihat bahan bahannye dibawah :)


Bahan-bahannye;
  • Laici 
  • Susu Cair
  • Agar agar (yang serbuk tu pun boleh, tp aku lbh suka guna yg bkn serbuk tu)
  • Air putih
Empat bahan yang senang didapati. Yg dalam botol tupperware tu air laici, air laici tu lah yg akan kita jadikan kuah nanti. 




Masukkan air, agar agar, susu cair dan gula. Bila semua agar agar dan gula tu dah larut baru masukkan laici.(Kalau nak letak air laici sikit pun boleh dlm masakkan ni)


Oke, siap. Masukkan dalam peti dan beberapa jam kemudian siap untuk dimakan.




Ya Allah berkatilah kami pd bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan. Salam 1 Rejab 1434

3 ulasan:

Cik Nas :) berkata...

simple, nak try la nanti :)

Ct Hajar ♫ berkata...

sedapnye...btw blog qilah koho comel lenii aww

Unknown berkata...

salam....simple resepi...blh try ni...=)slmt brknalan...
http://ctamanaqim.blogspot.com/