Haii.. dh lama tak menaip ni. Hehe. Ini merupakan Khamis terakhir aku dirumah dan di Bumi Besut, Terengganu ini. Aku akan gunakan sebaik mungkin saat saat terakhir ini.
Alhamdulillah, aku telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Perak(KMPk) dalam jurusan Perakaunan dan juga aku mendapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Asasi Bahasa Arab.
Dannn yg mana satu menjadi pilihan hati aku ?/... Hmm, agak sukar untuk aku membuat pilihan,sebab ini merupakan masa depan aku.
Ini surat tawaran matrik aku yang telah lama aku printscreen dan diperam dalam folder. Huhu. Matrik ?/ ramai yang cakap belajar di matrik ni susah la. Hmm, bagi aku belajar dekat mana mana pun susah kan, yang penting usaha kan. Usaha Tangga Kejayaan.
Oke, yang ini plop tawaran dr Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Siapa yang tidak mahu melanjutkan pelajaran disini kan ? Aku pun nak. Hehe. Asasi UIA siapa kata belajar disini senang ? Bagi aku belajar disini pun susah tp yang penting kita ada usaha untuk mencari ilmu.
UIAM merupakan salah sebuah universiti yang diidamkan oleh semua orang kan. Sebuat je UIA mesti ramai yg tahu dan kenal.
Dannn.. masalahnye sekarang UIAM bukan menjadi pilihan aku . Sebab?/ Hmm, sebabnye minat aku ni lebih cenderung pada jurusan PERAKAUNAN dan tak bermakna aku tdk suka pd Bahasa Arab. Bahasa Arab juga merupakan salah satu mata pelajaran yang paling aku gemari masa di sekolah menengah. Sampai sekarang aku sayang sgt BAHASA ARAB. :)
Menjadi seorang akauntan merupakan salah satu drp cita cita aku sejak kecil lagi selain daripada menjadi seorang guru(Guru merupakan cita cita aku yg paling utama). InshaAllah, aku akan gunakan peluang yang telah diberikan ini dgn sebaik mungkin.
InshaAllah, KMPk yang terbaik buat aku.
Doakan jugak aku lulus temuduga maktab ye. Hope, sgt aku dapat melanjutkan pelajaran ke maktab.
2 ulasan:
Belajar kat mana mana pon okay dik..yg penting niat kita sendiri.insya Allah pilihan adik nie akan memberi kejayaan pada adik pada masa depan..akak doakan adik berjaya.. :)
ehhhh , dapat Mtrikulasi Perak sama la kita :)
Catat Ulasan