Selasa, 13 November 2012

Penantiaan

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger !

Kehadapan pembaca blogku yang dirindui yang kini berada di Malaysia, Ceeh, macam la aku berada oversea sekarang. Feeling tengah jawab paper Bahasa Inggeris 1 SPM kejap.

Eh, banyak betul yang tak kena dengan diri aku ni. Nak tekan noktah tapi pergi tekan koma. Mungkin dah lama kot aku tak menaip ni. Hee, asyik tulis essay guna tangan je,. Tengok lah last entri aku bulan berapa. Kalau tak silap last masa raya aidilfitri hari tu. Kira la berapa bulan dah aku pencen dari berblogging ni. Blogwalking lagi la taakk.

Bukan malas, bukan tak ada idea tapii.............................. , sambung la sendiri. Banyak sangat cerita yang nak dikongsikan. Bertimbun timbun gambar yang aku peram dalam laptop ni. Tunggu nanti aku merdeka je. Hee. Sabar - sabar tinggal 8 paper je lagi.



Wajah- wajah mangsa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012. Hee :) . Perjuangan kami berbaki 8 hari lagi. Hope, semuanya berjalan dengan lancar. Soalan janganlah susah sangat eh. 

11A+, InsyaAllah milik kami semua. 06 Disember 2012 hari keramat bagi kami semua. 

 Jumpa lagi next entri. Mungkin bulan depan kot. Hee.


Tiada ulasan: