Assalamualaikum & Salam 1 Blogger ! ♥
10 Soalan 10 Jawapan ? Soalan Exam SPM ke ? Heee. Tak ade lah, pagi ni aku nak menjoinkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Geng fiQ'Ra yang bertajuk seperti dekat atas tu la ye.Heee
Jom kita tengok ape soalannye :)
1) Dimana awak tahu kewujudan Geng fiQ'Ra?
- Kalau tidak silap pada tahun lepas semasa saya sedang blogwalking blog Cik Purple.Saya ade terbaca satu entry dia mengenai Geng fiQ'Ra dan saya rasa tertarik sangat. Dari situ lah saya tahu kewujudan Geng ini. :)
2) Apa tujuan awak join Geng fiQ'Ra?
- Tujuan saya join group ni adalah untuk menambah kenalan di alam maya, mengeratkan lagi ukhuwah antara rakyat Malaysia.
3) Apa nama sebenar awak? (jangan la tipu2. elok2 mak ayah bagi nama kan?)
- Nama diberi Nur Aqilah Binti Alias.*sama yang tertulis dalam IC
4) Berapa umur awak tahun 2012 ni? (jujur je. buat apa nak malu)
- Genaplah umur saya 17 tahun pada 11 April ni tepat jam 3.30pm.
5) Apakah cita2 awak selama awak hidup?
- Cita cita utama saya adalah untuk berjaya dalam hidup dan dapat membahagiakan keluarga. Selain itu, saya juga bercita cita ingin menjadi seorang Pensyarah @ Guru je. ♥
6) Andai awak di fitnah sampai di heret ke penjara + hukum gantung, apa tindakan yg awak akan buat?
- Saya redha saja kerana Allah maha mengetahui segala galanya. Memfitnah itu lebih teruk daripada membunuh.*lebih baik dia bunuh saje terus. Setiap apa yang kita buat di dunia ini pasti ada pembalasan di dunia @ akhirat.
7) Awak percaya tak rakan di alam maya?
- Percaya dengan sesetengah sahaja. :)
8) Awak suka cabaran tak? kalau ya, contoh cabarannya?
- Sometimes suka sometimes tidak. :) .Banyak cabaran yang saya hadapi contohnya cabaran melayan kerenah kawan kawan yang pelbagai, cabaran untuk menghadapi SPM 2012. ♥
9) Awak makan sehari berapa kali?
- Kalau dekat hostel 5 kali sehari la. Hee :) Kalau kat rumah tidak menentu .#peace
10) Andai kata, ajal awak sudah makin hampir, 5 perkara yang awak akan buat sebelum awak meninggal dunia?
- Saya akan sentiasa memohon ampun dan lebih banyak melakukan solat sunat taubat.
- Saya ingin sentiasa bersama dengan keluarga tersayang.
- Saya ingim minta maaf dari semua orang dan memaafkan orang lain.
- Saya ingin memberikan kucupan kepada semua orang yang saya sayang.
- Saya ingin menjelaskan hutang jika ada hutang dengan orang.
Haa, tengok 10 Soalan 10 Jawapan. Sudah siap terjawab oleh diriku. Jom join Geng fiQ'Ra. Best sangat group ni walaupun saya tak aktif dalam group ni tapi saya sentiasa bersama group ni as a silent reader.Heee. *rahsiaku suda terbongkar.
Oke la, jawapan pun sudah diisi. Now,hantar dah la jawapannye.Heee :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan