Isnin, 18 Ogos 2014

Blogger Hilangkan Diri Selama Setahun Lebih

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger 

Menggigil plak rase tangan kita nak menaip ni, maklumlah dah setahun lebih tak hadap blog ni. Hahaa, kesian cinta hati kita yang satu ni. Janji hari tu lepas matrik je  nak update tapi habuk pun tak ade kan. Hahaa, lain kali jangan percaya aku lagi. Sekarang ni dah dapat keputusan UPU baru terhegeh hegeh nak update . Cuti empat bulan hari tu pandai melantak, tidur, lepak tepi pantai je.

Oke la malas nak membebel panjang malam ni. Nanti esok esok kita sambung ye. Nak cerita apa pun tak tahu la. Sebenarnye sekarang ni tgh sibuk dgn persiapan ke Universiti ni, ye lah kan ada masa dalam dua minggu je lagii. Agak kalut la sikit. Emm


Oke la, sahabat sahabat nanti kita sembang lagi ye. Selamat Malam

Khamis, 23 Mei 2013

KMPk vs UIAM

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger

Haii.. dh lama tak menaip ni. Hehe. Ini merupakan Khamis terakhir aku dirumah dan di Bumi Besut, Terengganu ini. Aku akan gunakan sebaik mungkin saat saat terakhir ini.

Alhamdulillah, aku telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Perak(KMPk) dalam jurusan Perakaunan dan juga aku mendapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Asasi Bahasa Arab.

Dannn yg mana satu menjadi pilihan hati aku ?/... Hmm, agak sukar untuk aku membuat pilihan,sebab ini merupakan masa depan aku.


Ini surat tawaran matrik aku yang telah lama aku printscreen dan diperam dalam folder. Huhu. Matrik ?/ ramai yang cakap belajar di matrik ni susah la. Hmm, bagi aku belajar dekat mana mana pun susah kan, yang penting usaha kan. Usaha Tangga Kejayaan


Oke, yang ini plop tawaran dr Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Siapa yang tidak mahu melanjutkan pelajaran disini kan ? Aku pun nak. Hehe. Asasi UIA siapa kata belajar disini senang ? Bagi aku belajar disini pun susah tp yang penting kita ada usaha untuk mencari ilmu. 

UIAM merupakan salah sebuah universiti yang diidamkan oleh semua orang kan. Sebuat je UIA mesti ramai yg tahu dan kenal. 




Dannn.. masalahnye sekarang UIAM bukan menjadi pilihan aku . Sebab?/ Hmm, sebabnye minat aku ni lebih cenderung pada jurusan PERAKAUNAN dan tak bermakna aku tdk suka pd Bahasa Arab. Bahasa Arab juga merupakan salah satu mata pelajaran yang paling aku gemari masa di sekolah menengah. Sampai sekarang aku sayang sgt BAHASA ARAB. :)


Menjadi seorang akauntan merupakan salah satu drp cita cita aku sejak kecil lagi selain daripada menjadi seorang guru(Guru merupakan cita cita aku yg paling utama). InshaAllah, aku akan gunakan peluang yang telah diberikan ini dgn sebaik mungkin.


InshaAllah, KMPk yang terbaik buat aku.




Doakan jugak aku lulus temuduga maktab ye. Hope, sgt aku dapat melanjutkan pelajaran ke maktab. 

Sabtu, 11 Mei 2013

Segmen Blogwalking Kita - Kita

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger


Klik banner cepat capat. Tarikh Tamat : 15 Mei 2013