Rabu, 13 Februari 2013

Batu Jong merubahku !

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger♥

Pejam celik, pejam celik hanya tinggal beberapa jam saja lagi masa aku di teratak kasih ini. Terasa baru semalam je aku melangkah masuk ke dalam teratak ini. Waa, tak sanggup untuk aku meninggalkannye kembali buat masa sebulan ini.

Tapi, sepanjang seminggu aku berada di rumah... terfikir juga diriku ini, macam manalah nasib aku kalau aku tidak dapat PLKN?// Apakah yang aku lakukan dirumah?/ Kerjakah aku?/ Duduk rumah goyang kaki kah?/. Hermm, macam macam yang aku fikirkan. Kini, aku sangat bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih untuk meyertai PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA Kumpulan 1 Siri 10/13. Banyak perkara yang aku dapat sepanjang berada disana.


Ni Half-Loreng. Baju PT merupakan baju kegemaran aku. Kain lembut, sejuk... memang sedap dipakai. Hehe. Kalau tak silap aku ni time sebelum pergi kawad.




Ketiga tiga gambar dekat atas ni plak. Kami pakai pakaian kelas. Pakaian yang aku tak berapa gemar. Apa sebabnye?//. Haha, bergantung atas seseorang juga kot. *winkwink*. Tapi time belajar dalam kelas best. Banyak ilmu baru yang dapat.



Sebahagian daripada kaum Cina. Mereka semua baik baik. Memang bestlah berkawan dengan mereka. Banyak jugalah yang aku dah belajar daripada mereka.♥


Malam minggu, selepas isyak sebelum roll call.. haruslah supper dahulu. Tengok gelas di tangan pun tak lepas. Bergambar bersama Mama iaitu gelaran untuk cikgu bilik kami. Cikgu yang sangat sporting. Sayang cikgu sangat sangat.♥

Haa, ni lah serba sedikit cerita aku sepanjang berada di Kem PLKN Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan. Kem yang penuh dengan kasih sayang. Kem yang terbaik !!!

Mak aku cakap, kan pergi sana ada juga WAWASAN kalau duduk rumah apa yang dapat. Hehe :)

Entri pertama aku dipenghujung cutiku. Haha, nampak kan kerajinan aku di sini. :P


Tanda hati yang bahagia itu apabila hati sangat cinta akan pahala, dan benci kepada dosa.

Rabu, 9 Januari 2013

Wordless Wednesday| Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnye

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger♥


Sekadar Perkongsian. Semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. ♥


Ilmu itu adalah perhiasan yang paling menawan, dan tiada tandingannya bagi orang yang benar-benar ikhlas mencarinya.

Sabtu, 5 Januari 2013

Entri Terakhir sebelum saya pergi untuk berkhidmat pada negara tercinta

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger♥


Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk saya terus menaip di blog usang ini.

Sbanner3

Tidak ada perkara penting pun yang ingin dikongsikan. Haha. Ini sekadar perkongsian hidup saya sebagai seorang insan lepasan SPM 2012, dan sebagai seorang bakal pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 10/13 .

Program Latihan Khidmat Negara atau lebih mesra dikenali sebagai PLKN merupakan sesuatu perkara yang sangat berkait rapat dengan pelajar lepasan SPM lebih lebih lagi insan seperti saya ini yang sedang menunggu keputusan SPM diumumkan.
"BATU JONG AKU DATANG"

Saya sangat bersyukur, mungkin ini rezeki yang terbaik yang Allah SWT berikan untuk saya dan rakan rakan yang lain. Bukan semua orang yang terpilih seperti kami ini, wahai rakan rakan.... bersyukur lah dengan apa yang kita perolehi. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT didunia dan diakhirat.


InshaAllah, esok 05.01.13... Kami pelatih pelatih dari Besut, Terengganu akan melapor diri di kem yang telah ditetapkan. Mungkin rakan rakan di daerah dan negeri lain sudah pun selamat tiba di kem masing masing.

Kawan kawan..... Ingatlah dalam kita bersuka ria, jagalah batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, antara perempuan dan perempuan dan juga antara kita dan cikgu cikgu tu.  Selalu mengingati Allah, ingatlah Allah selalu ada bersama kita. *Ingatan untuk diri sendiri juga. :) .

Selamat Berkhidmat dan Berbakti pada negara. InshaAllah.

p/s : Kawan kawan tolong jaga blog saya dengan baik sepanjang ketiadaan saya ye. Buat lah macam rumah sendiri. Semoga happy always ♥

Mungkin akan ada satu lagi post Wordless Wednesday hari Rabu ni yang telah saya Schelude siap siap. Hehe. Jangan kata blog satu berhantu pula, tuan tak ada tapi new post ada. Hehe , Oke, Happy Blogging ♥


"Antara tanda doa dimakbulkan Allah ialah apabila kita mula berusaha."- Ustaz Zahazan