Isnin, 17 Disember 2012

Keajaiban sebuah Al-Quran♥

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger ♥

Al-Quran bermaksud  kalam Allah yang bermukjizat yang di turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa arab secara mutawattir dan membacanya adalah ibadat.

Sebagaimana yang kita tahu Al-Quran mempunyai 30 juzuk dan mengandungi 114 surah bermula daripada Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas. Setiap surah surah yang terdapat dalam Al-Quran itu mempunyai rahsianya yang tersendiri.



Jom kita lihat rahsia di antara sembilan surah yang terdapat dalam Al-Quran.

 1.Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


Sekadar perkongsian. Yang baik itu datangnye daripada Allah, dan yang kurang itu datangnye daripada kelemahan saya sendiri. Insan yang masih mencari ilmu dan dahagakan ilmu.♥

Salah dan silap mohon diperbetulkan.

Dipetik daripada fanpage Gen-Q [Generasi Al-Quran].

"Tidak ada suatu duri dan yg lebih daripadanya menimpa seorang mukmin melainkan Allah mengangkat darjat baginya atau menghapuskan kesalahan disebabkan (musibah yg menimpanya)"-Riwayat Muslim- ♥

Sabtu, 15 Disember 2012

7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya♥


Assalamualaikum & Salam 1 Blogger♥


Wah! ayat cinta wee. Jom kita pakat tengok, perhati dan amalkannye. Ayat cinta yang dijamin kekal selamanya. Bukannye ayat cinta yang hanya sementara. Carilah cinta yang kekal abadi iaitu cinta daripada Allah.




1.Bismillahhirrahmannirahim:
Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:

Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:

Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.


5.
La hawla wala quwwata illa billah:
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.


6. Innalillah:
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.


7. Lailahaillallah:
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. 


Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah... InshaAllah


Sekadar perkongsian. Semoga berbahagia selalu dan berada dibawah naungan Allah. InshaAllah. ♥

Dipetik daripada fanpage Gen-Q. 

Aku hanyalah seorang insan yang lemah dan kerdil. Maaf segala kekhilafan yang berlaku.♥


“Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah ali-Imran ayat 132)"

Isteri Cerdik Yang Solehah♥

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger♥



Isteri Cerdik Yang Solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

( ulang 1 )

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan


Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

( korus )

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

( ulang korus )


Sekadar perkongsian di waktu petang. Semoga berbahagia selalu♥