Selasa, 11 Disember 2012

BATU JONG AKU DATANG !

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger 
♥

Sepatutnye dah lama saya nak kongsikan kegembiraan ini bersama rakan rakan semua tapi apakan daya masa tidak mengizinkan. Heermm.

Oke, Alhamdulillah pada pagi yang indah ini dapat juga saya duduk di depan komputer dan menaip entri kegembiraan ini. Mungkin sebelum ini saya hanya kongsi cerita ini di TWITTER, pada rakan rakan dan keluarga saja. Hehe



Herrmm, Gembira ke?? Tak tahu la nak cakap macam mane. Kadang kadang macam tak sabar je nak pergi. Nak jumpa kawan baru. Lagi pun duduk kat rumah ni, apa la yang dapat kan. Nanti yang dapat lemak berlebihan je. Hehe.

Ramai juga kawan kawan tanya. Sebenarnya nak pergi ke tak?/. Oke, saya hanya berserah. Kalau dah rezeki saya, saya pergi je la. Bukannye pergi sana dorang nak buli kita ke apa kan. Makan free, duit lagi dapat. Hehe.  Syukur dengan rezeki yang diperoleh. Ramai lagi rakan rakan yang nak tapi rezeki tidak menyebelahi mereka. Sabar ye kawan kawan, mungkin sudah ada kerja yang lagi baik menanti anda. Ceehh//. Hee :)


Oke, mula mula dapat tahu saya dapat. Memang suka sangat la. Tapi bila tengok je penempatan ni, macam tawar hati pula nak pergi. Then, ada sorang senior dulu yang Tweet. Eh, BATU JONG. Best tempat tu. Lebih kurang macam tu la. Senyum sikit. Hee

Pergi asrama lepas tu, tanya lagi senior yang pernah kena PLKN. Ada sorang tu dapat tempat yang sama. Dia cakap. Eh, oke la tempat tu, peraturan tak ketat. Best sangat. Oke, dengar kata kata macam tu, lebih bersemangat la. Hee. Memang dari kecil dulu pun pernah ada niat nak pergi, tengok iklan dekat TV macam best je. 

Sekarang ni macam tak sabar sabar je pula rasanye nak pergi. 25 hari lagi, lebih kurang. BATU JONG AKU DATANG . 

Semalam, suka sangat bila dapat mesej daripada kawan baik saya, sejak zaman tadika lagi. Dia cakap, 'Lah, saya redha dah dengan PLKN ni.'. Hehe

Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnye ♥


Sabtu, 8 Disember 2012

Kenangan Jamuan Akhir Tahun 2012 ♥

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger ! ♥


Mukadimmah bergambar. Hee. Dua hari dah saya dekat rumah dan Alhamdulillah hari ini dapat juga melepaskan rindu dekat blog tersayang ni. Entri pertama selepas SPM. Yeayy ! Saya dah Merdeka. Hee, Merdeka la sangat selagi result tak keluar selagi tu la saya rasa tidak Merdeka. 

Oke, untuk pengetahuan umum ini cerita dua bulan lepas. 11 Oktober 2012. Kalau tak silap la. Layan je la ye. Entri kali ni juga sarat dengan gambar gambar yang diperam untuk dijadikan belacan. *winkwink*. Biarlah gambar yang menceritakan segala galanya.

JAMUAN AKHIR TAHUN 5 IBQ 2012


Chocolate cake. Best sangat. Tapi sedih sempat makan sikit je.;'( . Ipah lain kali buat kat saya pula ye. Khas untuk saya je. Hee :)



Sukanye dia dapat belon. Hee, jealous tau tak dapat pegang belon. Saya rasa time ni saya pergi ambil kek dekat dwan makan kot. Dari kiri Izzati, Mira and Ida



Wow, banyaknye hadiah. Macam macam jenis hadiah yang ada. Ada yang kecil ada yang besar, ada yang ringan ada yang berat. Tapi memang best la time pertukaran hadiah ni. Saya dapat yang paling kecil dan ringan tapi isinya. Wow!!! Terbaaaikk!!!




BM's teacher. Cikgu Mahani. Yang pakai baju warna hijau tu. Rindu cikgu. Cikgu paling baik, paling sporting . Sayang cikgu ;)



Gambar pertama tu ahli ahli puteri bergambar bersama Cikgu Add Math kami. Cikgu Khairul yang pakai baju warna merah. 
Gambar kedua bergambar sementara menunggu acara pertukaran hadiah. Hee ;)

Ni la antara menu paling best 'colek'.:)

Oke, tu je kot untuk entri kali ni. Assalamualaikum♥

Terima Kasih sudi luangkan masa jenguk blog saya.


Selasa, 13 November 2012

Penantiaan

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger !

Kehadapan pembaca blogku yang dirindui yang kini berada di Malaysia, Ceeh, macam la aku berada oversea sekarang. Feeling tengah jawab paper Bahasa Inggeris 1 SPM kejap.

Eh, banyak betul yang tak kena dengan diri aku ni. Nak tekan noktah tapi pergi tekan koma. Mungkin dah lama kot aku tak menaip ni. Hee, asyik tulis essay guna tangan je,. Tengok lah last entri aku bulan berapa. Kalau tak silap last masa raya aidilfitri hari tu. Kira la berapa bulan dah aku pencen dari berblogging ni. Blogwalking lagi la taakk.

Bukan malas, bukan tak ada idea tapii.............................. , sambung la sendiri. Banyak sangat cerita yang nak dikongsikan. Bertimbun timbun gambar yang aku peram dalam laptop ni. Tunggu nanti aku merdeka je. Hee. Sabar - sabar tinggal 8 paper je lagi.



Wajah- wajah mangsa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012. Hee :) . Perjuangan kami berbaki 8 hari lagi. Hope, semuanya berjalan dengan lancar. Soalan janganlah susah sangat eh. 

11A+, InsyaAllah milik kami semua. 06 Disember 2012 hari keramat bagi kami semua. 

 Jumpa lagi next entri. Mungkin bulan depan kot. Hee.