Ahad, 27 Mei 2012

Aku dan Dia Selamaanyaa !

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger !  

Hai, Selamat Petang semua ! Korang tengah buat apa petang petang camni erk? Mesti pergi holiday kan ? Happy Holiday ye semua. Semoga Happy sentiasa disamping orang tersayang.

Tadi, my best friend aku masa sekolah rendah dulu ada la mesej aku. Mesej yang dihantar sungguh ringkas. Hee. Ba wau sin nun, korang faham. Haaa, Mula-mula aku baca, ada jugak dalam hati kata, entah apa-apa da budak ni mesej. Tapi, setelah beberapa kali aku hayati, mula la terkeluar dari mulut aku Perkataan BOOOSAAANNN. Hee.

Aku sangat rindu dekat dia. Aku mulai kenal dengan dia masa tahun 3, masa tu tahun 2004, dia baru pindah dekat sekolah aku. Dulu, aku selalu khianat dia, cubit dia. Aku sangat jahat. Herrm, tu dulu tapi sekarang aku sangat baik. *Haa, sila muntah hijau dekat aku. *winkwink*

Naik sekolah menengah, kami berpisah dia ke timur aku ke barat. Hehe. Walaupun jarak memisahkan antara kami tapi kami tetap berhubung dan InsyaAllah, Ukhuwah yang kami bina ini akan kekal hingga ke Jannah. Aminn ! 


I always Miss and Love you SHAHIRAH 

Akhirnya... Dapat juga Lepaskan rindu ♥

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger ! 

Yeah. ! Masuk hari ni dah 3 hari dah aku kat rumah, tapi hari ni baru berpeluang untuk menjengukkan diri dalam arena blog ni.

Fuhh ! lebih kurang sebulan dah aku tak menaip . Bukan sebab malas dan tak ada idea tetapi disebabkan tidak ada masa yang mengizinkan. Biasalah bila bergelar calon SPM 2012 ni kena la lebihkan pada pelajaran sikit kan . Doakan kejayaan aku erk. Hehe


Alhamdulillah, mulai hari ni aku akan dapat bercuti dengan tenang tanpa sebarang kelas tambahan. Hee. Selamat Bercuti Ye Rakan- Rakan seperjuanganku. Walaupun tahun ni kita bercuti lambat sikit, tak apa tahun depan kita cuti sepuas puasnye. Kejarlah cita cita kita. 11A+ InsyaAllah milik kita bersama . :) Tapi, cuti cuti jugak, kerja kursus and study jangan lupa. Hehe, Pesanan untuk diri ini juga.


Sementara aku ada kat rumah ni, InsyaAllah aku akan rajinkan diri untuk menjenguk dan berkongsi serba sedikit tentang pengalaman dan ilmu yang aku ada. Ilmu ni semakin banyak kita kongsi semakin bertambah ilmu kita. InsyaAllah.

Oke, la. Stoop, sampai sini dulu. Jumpa lagi untuk episod seterusnya. Hee 


Tidak lupa juga kepada kawan kawan yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada bulan Mei ni, saya ucapkan Selamat Hari Lahir, Happy Birthday, Sanah Helwah. Hermm, apa lagi ? Especially, kepada Husna Madiha yang menyambut hari kelahirannya pada hari ini [2705].May Allah Bless You Always. Good Luck !

Jumaat, 13 April 2012

Terima Kasih Semua ♥

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger !


Alhamdulillah, setelah sekian lama blog aku tak berhapdet akhirnye, hari ini dapat jugak la aku melepaskan rindu dekat sini.Hee :) 


Pada kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Jutaan TERIMA KASIH kepada sesiapa yang mengucapkan Birthday untuk aku, Tak kira, di alam maya atau di alam yang nyata.


Keratan dari FB. Hee :)


Untuk Sahabatku Fazira Sha'rani,
Saya Ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN yang ke- 17 [110495]. Semoga sentiasa berada di bawah naungan Allah SWT. Saya juga berdoa agar ukhuwah yang kita bina ini akan kekal buat selamanya. InsyaAllah :).
Satu lagi, Good Luck SPM 2012. Buat yang terbaik. 11A+ insyaAllah milik kita bersama .


Terima Kasih ! Terima Kasih ! Terima Kasih ! Sayang Kamu semua ♥ ♥ 


Oke la, Salam Jumaat semua .