Rabu, 30 Disember 2015

2015 Dalam Kenangan

Assalamualaikum ♥

Sedar tak sedar dah di penghujung hari di tahun 2015 kita ni kan. Sekejap sangat masa berlalu. Azam 2015 banyak lagi yang tertunggak ni. Hahaa. Especially part nak travel bagai tu. Biasa la student kan. Kumpul duit nak travel tapi duit habis travel bab makan dulu. It's okay la kan, asalkan perut bahagia.

Makanya, time balik cuti sem tu. Travel la dekat pantai depan rumah, hiking Bukit Keluang yang semakin famous tu. Makan keropok, ICT, coconut shake. Lepak tepi jeti nak ke Pulau Perhentian. Hahaa, tu je lah yang mampu sekarang ni. Tak kesah semua tu yangg paling penting family, kawan kawan sentiasa ada bersama.


Perjalanan sepanjang 2015. Bersama family, kawan kawan sekolah rendah, kawan kawan sekolah menengah dan kawan kawan universiti. 

Thankss my love always make me happy.

Selasa, 29 Disember 2015

My Dream Place ♥

Assalamualaikum  ♥

Tadi scroll scroll twitter nampak orang duk cerita pasal pulau lah pula. Rasa macam sekarang juga nak pergi ke mana mana pulau ni. Tengah stress stress study ni kalau dapat lepak tepi pantai kan best.

Saya ni yang jenis suka travel juga, tapi sekarang ni tak berkesempatan lagi. Setakat yang dekat dekat tu boleh la kan. Satu je impian saya iaitu nak pergi ke pulau pulau yang ada di Malaysia ni, tak dapat pergi oversea pun tak apa lah. Hihii. Tapi kalau ada rezeki tempat yang saya nak pergi sangat ialah Greece.




Waaaa !! My dream place. Very beautiful place. Tengok gambar pun rasa macam tenang je kan. InshaAllah one day. Hihii

Picture from twitter @TravalVive and blog takeatravel .


My Favourite Cooking Blog

Assalamualaikum  ♥

Hari tu dah share my favourite travel blog. Hari ni nak share my favourite cooking blog pula. Memang best tengok resepi dekat blog akak Azlita ni. Nak resepi apa semua ada, kuih muih, minuman, masakan kampung dan banyak lagi la.


Sesiapa yang baru nak belajar masak ke, rasa macam nak tukar selera tu boleh la menjenggah ke blog akak Azlita ni. Confirm tak menyesal. Hehee

Blog klik gambar atas untuk dapatkan pelbagai jenis resepi. 



Resepi Super Fudgy Brownies

Assalamualaikum ♥

Hari ini nak kongsi resepi Super Fudgy Brownies yang super sedap dan penuh rasa coklat lah. Resepi ni diambil dari youtube iCook Asia.

Masa first time buat macam tak berapa nak jadi, nampak senang tapi salah sikit dh tak jadi. Masa yang first buat tu saya guna resepi lain la, tapi bab masak masak ni memang tak putus asa, gigih search youtube pula cari resepi, dannnn Alhamdulillah jadi. Hahaa.


Bahan bahanya
125 gram mentega (resepi asal mentega tanpa garam, tapi saya bantai je mentega ada garam pun)
130 gram tepung pelbagai guna.
1/2 sudu kecil serbuk penaik.
30 gram serbuk koko.
1/2 sudu kecil garam (sebab dh letak mentega ada garam, jd saya kurangkan lah sikit letak garam ni. Letak dalam suku macam tu je)
3/4 cawan cip coklat .
220 gram coklat masakan (kalau jenis yang malas sukat tu, masukkan je satu keping coklat tu sebab biasa antara 200-220 gram dh coklat tu)
1 1/4 cawan gula castor.
3 biji telur.

Untuk Hiasan
Cip Coklat.
Badam Cincang.

Cara cara dia korang boleh refer video ni untuk lebih faham. Hehee. Saya ni tak berapa pandai nak terang terang ni. Hahaa


Selamat Mencuba 


Khamis, 17 Disember 2015

My Favourite Travel Blog

Assalamualaikum ♥

Hari ini nak share my favourite blog iaitu blog Kisah Tatie. Siapa yang suka travel tu boleh la masuk ke blog Kisah Tatie ni.


Nak tahu pasal travel info sama ada dalam Malaysia, Luar Negara, Tips Percutian rajin rajin lah tekan gambar atas tu untuk ke blog Kisah Tatie ni. Korang tidak akan menyesal masuk blog dia. Hehee.

Seronok tengok gambar gambar dalam blog dia. Banyak tempat tempat menarik yang telah di kongsikan antaranya Switzerland, Australia, Jepun, Korea dan banyak lagi. Senang cerita hampir seluruh negara lah ada. Hehee.

Sekarang ni kita tengok gambar orang dulu mana tahu suatu hari nanti kita pula ada dalam gambar tu. Hahaha. InshaAllah, ada rezeki boleh la travel negara orang.

Rabu, 16 Disember 2015

My Mandarin Video

Assalamualaikum ♥

Today I want to show with you all about my Mandarin Video. Hihii


Very simple video. This video about the "Zuì hǎo de péngyǒu" mean bestfriends. I'm as Xuéshēng 3 or Qíqí (my mandarin name). Happy watching. Hope you all will amused.

Mandarin the Fun Class

Assalamualaikum ♥

Semester tiga hampir ke penghujungnya. Esok(Khamis) dah last kelas dah, tapi dah banyak dah kelas yang dah habis sebenarnya. Antaranya ialah kelas Mandarin yang tersangat happening ni. Waaaaa rasa sayang nak tinggal semua. Harap Mandarin II sem depan ada lagi yang sama kelas.


Kita kasi tempek satu keping gambar bersama budak budak kelas Mandarin yang terlajak happening ni. Hihii. 

Satu satunya kelas yang saya tak ponteng, kelas yang saya tak mengantuk walaupun kelas pukul 4-5.30 petang. Very fun class for this semester. 

Miss Lily said, "If you came to China, please contact me". Oke Miss nati kami satu kelas buat rombongan pergi China. Hihii. InshaAllah suatu hari nanti. 

Good Luck for Final.

Wǒ ài wǒ de péngyǒu hé wǒ de lǎoshī ♥


Sabtu, 12 Disember 2015

Resepi Pizza Roti

Assalamualaikum ♥

Hari ini nak kongsi la sikit resepi pizza roti yang paling senang dan sedap. Budak kecil pun boleh buat ni. Hahaa

Kepada orang yang malas macam aku ni boleh la try.


Antara bahan bahannya. Yang dalam gambar ni. Ayam (yang dimasak terlebih dahulu bersama sos), lada benggala, bawang besar, daun sup, sayur campur, cheese dan campuran sos tomato dan sos cili. Sangat simple, atau nak letak apa apa lagi pun oke je. Ikut selera masing masing. Dannn yang paling penting roti tak kisah la roti gardenia, high 5 atau apa apa saja jenis roti. Hehee

Dah cukup semua bahan bahan. Korang boleh sapukan campuran sos tadi dan letak segala jenis bahan bahan yang disediakan tadi. Lepastu boleh la bakar dengan suhu 180ºc selama 10 minit. 


Tadaaa. Sedia untuk dimakan. Tersangat lah senang dan simple. Selamat mencuba.

Jumaat, 11 Disember 2015

Aqilah dan Blognya

Assalamualaikum ♥

Dah berblogging hampir empat tahun ni tapi tak pernah pun nak cerita pasal diri sendiri kan. Hahaa. Dah la sekejap muncul sekejap hilang dari dunia blog ni. Oke, di kesempatan ini nak la cerita sikit kan.

Nama diberi Nur Aqilah Binti Alias. Nak panggil apa apa terpulang lah, nama pun ada dua ketul tu je. Hahaa. Start berblogging ni dah lama la juga dari tahun 2011. Time tu tingkatan empat, saja tengok kakak ada blog macam syok je kan. So, kita pun join la skaki. Masa mula mula tu rancak la, kejap kejap update, walaupun tersangatlah mengarut. Huhuu.



Masuk 2012, dah kurang dah sikit. Konon nak fokus SPM kan. Tapi ada la juga update tu, Lepastu set dah dalam kepala, habis SPM nanti nak jadi blogger tegar, nak rajinkan diri update blog semua. Tapi janji tinggal janji. Hahaa. Lepas habis SPM dapat pula PLKN, memang hancur lah nak jadi blogger tegar tu kan. Tujuh puluh dua hari bergelar pelatih PLKN. (Nak tahu perjalanan saya sepanjang PLKN boleh la scroll scroll post bawah bawah tu. Hihii).

Mei 2013, daftar masuk matrik. Saya dapat Kolej Matrikulasi Perak. Lepas dah masuk matrik memang menyepi terus dari dunia blog ni, sampai lah habis 2014 tu. Masa tu ingat memang nak padam terus dah blog ni, tapi tetiba rasa rindukan. So, tak jadi la. Ada la update tiga post sepanjang 2014 tu. Hahaa, nampak sgt malasnye tu kan.

Antara tiga post tu ada la satu saya cerita pasal diri aku dekat UUM ni. Alhamdulillah sekarang dah nak habis semester tiga dah pun. Kenapa sekejap sangat masa berlalu eh?. Banyak juga sebenarnya nak cerita pasal UUM ni tapi bila dah depan laptop tetiba hilang terus idea. Hahaa.

Oke, malas la nak cerita panjang panjang ni. Saya update ni pun sebenarnya sebab satu subjek yang saya ambil sem ni perlu buat blog dan sediakan atleast sepuluh post.

Tu je. Bye.

Photograph Ed Sheeran

Assalamualaikum ♥

Today I want to share with all of you about my favourite songs. The title of that songs is "Photograph". I think all of you ever heard it. 


Loving can hurt, loving can hurt sometimes
But it's the only thing that I know
When it gets hard, you know it can get hard sometimes
It is the only thing that makes us feel alive

We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
And time's forever frozen still

So you can keep me
Inside the pocket of your ripped jeans
Holding me closer 'til our eyes meet
You won't ever be alone, wait for me to come home

Loving can heal, loving can mend your soul
And it's the only thing that I know, know
I swear it will get easier,
Remember that with every piece of you
Hm, and it's the only thing we take with us when we die

Hm, we keep this love in this photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts were never broken
And time's forever frozen still

So you can keep me
Inside the pocket of your ripped jeans
Holding me closer 'til our eyes meet
You won't ever be alone
And if you hurt me
That's okay baby, only words bleed
Inside these pages you just hold me
And I won't ever let you go
Wait for me to come home
Wait for me to come home
Wait for me to come home
Wait for me to come home

You can fit me
Inside the necklace you got when you were sixteen
Next to your heartbeat where I should be
Keep it deep within your soul

And if you hurt me
Well, that's okay baby, only words bleed
Inside these pages you just hold me
And I won't ever let you go

When I'm away, I will remember how you kissed me
Under the lamppost back on Sixth street
Hearing you whisper through the phone,
"Wait for me to come home."

Rabu, 24 Jun 2015

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger ♥



 

Klik banner untuk join. Hadiah menarik menanti kita semua. Hee :)

Mula 18 Jun 2015. Tamat 3 Julai 2015 (11:59). 

GA CINTAN CINTUN by CIKNA

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger ♥


Klik banner untuk join.

Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger ♥

giveaway-mega-raya-by-azhafizahcom

Klik banner untuk join.

Rabu, 5 November 2014

#UUM : Universiti Di Rimba Hijau

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger ♥

Alhamdulillah masih berpeluang lagi untuk menaip di blog ini. Kejap je masa berlalukan, rasa macam baru je semalam daftar masuk UUM ni tapi sekarang dah pn bulan November beerti sudah dua bilan aku bergelar pelajar UUM.

Oke, entri kali ni nak kongsi sikit pasal suasana UUM la kan. Sepanjang dua bulan aku duduk sini boleh dikatakan sangatt best lah. Bab pembelajaran pn bagi aku tak ada la stress sangat, assignment pn macam tak banyak sangat la, kalau ade pn assignment berkumpulan. Emm, malas cerita pasal tu pn sebenarnya. Hehee.

Untuk pengentahuan semua tagline UUM sekarang ialah UNIVERSITI DI RIMBA HIJAU. Haa, mmg sesuai sgt la dengan suasana nya, memang dikelilingi dengan pokok pokok yang subur menghijau. Sebelum masuk sini orang dok kata UUM ni dalam hutan la ape kan, bagi aku bila aku dah duduk sini tak rasa pn macam duduk dalam hutan, UUM sangat tenang dan cantik. Seriuss, tak tipu pn.


Nah tempek gambaq sikit. Hahaa, gambar dirakam dilaluan antara Perpustakaan dengan Dewan Muadzam Shah(DMAS). Gambar yg atas dua tu berlatar belakangkan DMAS, dan gambar dua yang bawah tu ade nampak sikit sikit bangunan library. Tepi kiri kanan memang pokok bunga je. Hee. Mmg sesuai utk jd tempat bergambar lah UUM ni. Huhuu


Ni pn tempat yang sama je. Ni nak perkenalkan roomate kita ni. Yg tudung hitam depan tu lah roomate kite. Zura namanya. Hehee, yg belakang tu bilik lain tapi selalu lepak bilik aku dah rasa dia pn roomate aku jgak. Hehee. Mia namanya. 

Oke, tu je lah nak cerita. Lain kali  lah plak kan. Babai 


Jumaat, 5 September 2014

Homesick kah ?

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger ♥

Alhamdulilah segala puji bagi Allah. Dah lima hari aku berada di bumi Sintok dan lima hari ni jgak aku homesick tak tahu kenapa. Nak kata ni first time aku berjauhan dgn family memang tak lah. Masa daftar matrik dulu tak ade sedikit pun perasaan ni, mungkin dulu aku ada Mira bersama dan juga ade rumet yg super duper awesome kot. Dann lebih lebih lagi sekarang ni aku masih lagi tak ade rumet, mungkin esok lah senior masuk .

Sememangnye luaran aku nampak bahagia tapi dalamnye hanya Allah sahaja yang tahu, lagi lagi bila tiba time maghrib. 


Embedded image permalink


Ya Allah kau tabahkan dan kuatkan hati aku utk menempuh semua ni.  Tengok gambar ni je rasa nak nangis, dengar suara dorangg lagi laa. I ♥ My Family . 


Tak mampu utk aku sambungg lagi. Air mata hampir gugur. 

Isnin, 18 Ogos 2014

Blogger Hilangkan Diri Selama Setahun Lebih

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger ♥

Menggigil plak rase tangan kita nak menaip ni, maklumlah dah setahun lebih tak hadap blog ni. Hahaa, kesian cinta hati kita yang satu ni. Janji hari tu lepas matrik je  nak update tapi habuk pun tak ade kan. Hahaa, lain kali jangan percaya aku lagi. Sekarang ni dah dapat keputusan UPU baru terhegeh hegeh nak update . Cuti empat bulan hari tu pandai melantak, tidur, lepak tepi pantai je.

Oke la malas nak membebel panjang malam ni. Nanti esok esok kita sambung ye. Nak cerita apa pun tak tahu la. Sebenarnye sekarang ni tgh sibuk dgn persiapan ke Universiti ni, ye lah kan ada masa dalam dua minggu je lagii. Agak kalut la sikit. Emm


Oke la, sahabat sahabat nanti kita sembang lagi ye. Selamat Malam

Khamis, 23 Mei 2013

KMPk vs UIAM

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger♥

Haii.. dh lama tak menaip ni. Hehe. Ini merupakan Khamis terakhir aku dirumah dan di Bumi Besut, Terengganu ini. Aku akan gunakan sebaik mungkin saat saat terakhir ini.

Alhamdulillah, aku telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Perak(KMPk) dalam jurusan Perakaunan dan juga aku mendapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Asasi Bahasa Arab.

Dannn yg mana satu menjadi pilihan hati aku ?/... Hmm, agak sukar untuk aku membuat pilihan,sebab ini merupakan masa depan aku.


Ini surat tawaran matrik aku yang telah lama aku printscreen dan diperam dalam folder. Huhu. Matrik ?/ ramai yang cakap belajar di matrik ni susah la. Hmm, bagi aku belajar dekat mana mana pun susah kan, yang penting usaha kan. Usaha Tangga Kejayaan. 


Oke, yang ini plop tawaran dr Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Siapa yang tidak mahu melanjutkan pelajaran disini kan ? Aku pun nak. Hehe. Asasi UIA siapa kata belajar disini senang ? Bagi aku belajar disini pun susah tp yang penting kita ada usaha untuk mencari ilmu. 

UIAM merupakan salah sebuah universiti yang diidamkan oleh semua orang kan. Sebuat je UIA mesti ramai yg tahu dan kenal. 




Dannn.. masalahnye sekarang UIAM bukan menjadi pilihan aku . Sebab?/ Hmm, sebabnye minat aku ni lebih cenderung pada jurusan PERAKAUNAN dan tak bermakna aku tdk suka pd Bahasa Arab. Bahasa Arab juga merupakan salah satu mata pelajaran yang paling aku gemari masa di sekolah menengah. Sampai sekarang aku sayang sgt BAHASA ARAB. :)


Menjadi seorang akauntan merupakan salah satu drp cita cita aku sejak kecil lagi selain daripada menjadi seorang guru(Guru merupakan cita cita aku yg paling utama). InshaAllah, aku akan gunakan peluang yang telah diberikan ini dgn sebaik mungkin.


InshaAllah, KMPk yang terbaik buat aku.




Doakan jugak aku lulus temuduga maktab ye. Hope, sgt aku dapat melanjutkan pelajaran ke maktab. 

Sabtu, 11 Mei 2013

Segmen Blogwalking Kita - Kita

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger


Klik banner cepat capat. Tarikh Tamat : 15 Mei 2013

Puding Laici Berkuah Cik Penganggur

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger♥

Haiii.. Hari ini anda semua dalam segmen jom memasak bersama Chef Aqilah Violet. Hahaa (chef lah sangat). Biasalah jadi penganggur sepenuh masa ni, semua benda nak buat. Salah satunye kerja yang paling wajib ialahhh kerja 'menternak lemak'. Eh, daann jangan ingat aku pandai menternak lemak je.. memasak pun pandai tau. Hoho (masuk bakul angkat sendiri :P)

Pada suatu pagi Khamis yang lalu, pergilah insan ini kedapur untuk mencari makanan. Huhu, maka ternampaklah beliau akan laici,susu cair dan agar agar. Lantas, tanpa membuang masa dia mencapai periuk dan mencampakkan segala bahan bahan tadi kedalamnya maka beberapa detik kemudian terhidanglah sejenis pencuci mulut yang diberi nama 'Puding Laici berkuah Cik Penganggur'.


Tadaaa.. ni lah hasilnye


Ingin cuba ?/ Resepi yang sangat simple, budak kecil pun boleh buat. Lihat bahan bahannye dibawah :)


Bahan-bahannye;
  • Laici 
  • Susu Cair
  • Agar agar (yang serbuk tu pun boleh, tp aku lbh suka guna yg bkn serbuk tu)
  • Air putih
Empat bahan yang senang didapati. Yg dalam botol tupperware tu air laici, air laici tu lah yg akan kita jadikan kuah nanti. 




Masukkan air, agar agar, susu cair dan gula. Bila semua agar agar dan gula tu dah larut baru masukkan laici.(Kalau nak letak air laici sikit pun boleh dlm masakkan ni)


Oke, siap. Masukkan dalam peti dan beberapa jam kemudian siap untuk dimakan.




Ya Allah berkatilah kami pd bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan. Salam 1 Rejab 1434

Rabu, 8 Mei 2013

Simple Giveaway By Nina dan Hani

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger


Assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga nak adakan Giveaway yang simple tetapi hadiah yang lumayan . Semoga GA ini berjalan dengan lancar dan semua dijemput untuk join . GA kali ini 2 blogger berkolabrasi bersama . Diyana Hani dan Mazelina Zaini .
Syarat-syarat :
  1. Follow Blog Mazelina , Diyana Hani  &  Sponsor (diperiksa)
  2. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway By Nina dan Hani
  3. Copy coding entry yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML & publish
  4. Like -->
  5. Letakkan URL Entry GA di ruangan komen Diyana Hani sahaja*
  6. Like page INI dan like INI jugak!

credit: Kak Mia Liana

Hadiah yang bakal dimenangi ialah :


  1. 3 Top Referral daripada blog MAZELINA & 3 Top Referral dari blog Diyana Hani - TSHIRT Running Man
  2. Seorang Pemenang bertuah dengan blog yang Cantik , Kemas , Menarik akan memenangi 1 Blouse Tribal & 1 Button
  3. 24 Orang Pemenang Cabutan Bertuah akan memenangi Tshirt Running Man
  4. Hadiah Saguhati kepada 4 orang blogger 

Jumlah hadiah : 34 Hadiah ^^

Syarat yang senang kan ? Jom Promote dan menjadi Top Referral . Hadiah tentu akan menjadi milik anda !
Pastekan URL GA hanya di entry Diyana Hani !

Jom join :)